Salam sejahtera..apa khabar semua...
Hari ni dah 38 hari hani berpantang.. wah!!! x lama dah nak merdeka ni... hakikatnya.. mak hani dah bising2 dah sebab hani berlagak macam orang lepas pantang dah ... hani kata kat mak.. hani pantang 30 hari je... hihihi.. marah tul mak... hahaha...bila dah cukup sebulan berpantang hari tu.. hani dah bermalas-malasan nak teruskan rutin pantang... aduhai.. bila la dapat keluar and bershopping ni.. hahaha.. teruk kan hani...
Apabila setiap hari menatap wajah Amni.. hani x sangka cepatnya masa berlalu..
hani kini sudah menjadi ibu..
terasa baru sahaja hani grad dari UKM...
terasa baru semalam bersanding dengan Mr. AD.. hihihi...
kesimpulannya..
Dengan kehadiran Amni, hani terasa hani dah tua...ops!! mungkin lebih sesuai jika dipanggil sudah matang atau sudah memasuki alam dewasa pertengahan... I'm just 25 ok..
~kesayanganku~
Mengimbau kembali kenangan MM dan AA..
itulah kami.. Mahani Mahadi dan Adlan Abdul..
Hani x pernah story pun kisah kami kan..
~Buku tetamu kami~
Biasalah kan.. masa sekolah mesti ada cinta cintun monyet ni.. dipendekkan cerita, hani pernah couple dengan Mr. AD tapi cuma 2 minggu...(budak2 memang macam tu)..Mr. AD cakap dia memang betul2 sukakan hani..memang nampak dia serious..tapi hani tidak.. hani couple sebab ramai yang gossipkan kami.. teruknya hani.. bila fikir pasal tu hani mesti sedih dan rasa bersalah..sampai sekarang tau...
Berkat usaha hani, masa form 3 hani dapat 8A and dapat pergi ke sekolah sains.. dan waktu tu berpisahlah hani dan Mr.AD.. hani pergi tak ucap sepatah kata pun kepada dia...kejam kan...Mr. AD pula selepas tu masuk ke sekolah tentera..
Masa hani kat sekolah sains tu hani pernah terima sepucuk surat dari dia.. tapi hani x balas pun.. lagi sekali hani kejam.. bukan apa.. masa tu hani x fikir nak serious bercinta pun.
After SPM hani melanjutkan pelajaran ke matrikulasi pahang, ntah macam mana Mr.AD boleh dapat no hp hani.. dia ada call .. tapi hani layan macam tu jer.. sampai la hani tukar no hp..kami terus lost contact... mak pernah beritahu yang Mr.AD ada call kat rumah mintak no hp hani.. tapi mak tak kasi sebab hani dah pesan jangan beritahu...
hampir 5 tahun kami lost contact... hani x pernah terfikir pun pasal dia dan ditakdirkan Allah pada suatu malam hani termimpikan dia..masa tu hani tahun dua di universiti.. hani pun xtahu apa alamat yang Allah nak bagi pada hani.. sejak daripada hari tu timbul rasa bersalah hani pada Mr.Ad.. hani rasa hani x patut buat dia macam tu dulu..hani ingat lagi, lepas hani mimpikan dia.. hani berdoa semoga hani dipertemukan dengan dia kembali walaupun hani rasa macam mustahil jer.. hani cuba cari dia melalui friendster, facebook dan tanya kawan2.. ada yang kata Mr.AD dah kawin. (kawan dia sengaja tipu hani tapi masa tu hani ingat betul).. jauh kat sudut hati hani.. hani kecewa.. ntah la kenapa..
2 tahun berlalu dan hani pun tinggal sebulan lagi nak grad dari UKM..
pada suatu pagi hani dapat satu friend request melalui facebook... "Adlan Abdul"...
terkesima seketika.. hani terus accept... kat situ hani tengok hani merupakan 1st kawan dia.. baru buat facebook rupanya...kuasa Allah.. bertahun2 kami berpisah.. akhirnya hari tu kami berjumpa kembali..
Mr.AD pernah cerita pada hani.. pagi tu.. bila dia bangun tido jer.. hatinya tergerak untuk buka account facebook dan dia cari nama mahani mahadi..sebab tu la hani jadi kawan pertama dia..
Sejak dari hari tu.. kami kembali rapat..macam2 dugaan bila hani nak bersama dia kembali..tapi mungkin sudah jodoh.. kami tetap bersama.. 3 bulan selepas tu kami mengikat tali pertunangan.. cepat kan..hani pun x sangka secepat tu..namun semuanya dipermudahkan..Alhamdulillah..
Kami xde gambar masa dating..
Kami xde gambar pergi jalan2 masa bercinta..
Kami xde tu semua..
Kami xde kenangan tu kerana kami x melalui semua tu...
Kerana kami berpisah terlalu lama...
Tapi semua tu kami tebus kembali selepas berkahwin..
Mungkin kami ditakdirkan bercinta dan melalui semua tu selepas berumahtangga..
Terasa lebih manis dan bermakna...
Ni sajak yang hani nukil semasa hani bertemu Mr.AD semula dulu.. hani pernah post pada entry ini suatu masa dulu..originally created by me..(tapi hani pernah terlihat sajak ni pada blog org lain...copy without permission.. adoiii)..
Bila saya fikir tentang awak
saya rasa saya kembali ke zaman kanak-kanak
Buat saya teringat baju biru dan masa nakal
waktu membesar dan semua orang pun gatal-gatal
Bila jalan pun kaki nak bersimpang
sebab malu orang asyik memandang
Bila saya fikir tentang awak
saya rasa seperti hujan rintik-rintik jatuh pada wajah saya
Seperti airmata yang tak berseka
Saat awak tiada..saya juga tiada..
Tak tahu kita dimana
Tapi yang pasti, awak tak pernah hilang di hati saya
Bila saya fikir tentang awak
saya rasa besarnya limpahan rahmat dari DIA
Buat saya percaya takdir itu tetap disitu.. takkan kemana
Mengajar saya erti redha dan menerima
Yang hidup ini memang susah untuk dijangka
Perlu sentiasa bersedia untuk kemungkinan yang ada
Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa mahu bermain dengan masa
main,undur dan kadang-kadang henti
supaya saya boleh ulang berkali-kali
saat awak bicara
membahagiakan hati saya
TAPI
KADANG-KADANG
Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa takut berangan jauh lagi
bimbang awak hanya ada sekejap untuk saya
bukan untuk selamanya
tapi saya percaya bila awak kata
"saya akan cuba yang terbaik untuk kita"
jadi saya tutup mata dan berdoa
"Tuhan, Kurniakanlah dia kepada saya"
till here.. bye-bye..