Assalamualailkum w.b.t
Apa kabar semua...
Hari ni baru 23 hari hani berpantang.. owhh... rasa mcm dah lama sangat-sangat-sangat... huhuhu
baru separuh pusingan hani berpantang rupanya.. sabar aje la...
Bukan seksa apa pun berpantang ni..because hani berpantang takde la makan ikan panggang dan nasi kosong hari-hari.. ataupun berbaring atas katil sepanjang waktu... bukan macam tu ok... cuma bosan sikit la bila kena buat rutin yang sama hari2... ada masa nanti hani cerita pasal rutin berpantang hani ok..
For this entry hani nak story pengalaman hani semasa melahirkan Nur Amni Aqeela-cahaya mata hani yang pertama ni.. betul kata orang, bila dah rasa sakit bersalin ni, kita akan rasa insaf sangat2... macam ni rupanya mak sakit nak melahirkan kita...
Hani bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan segala urusan sewaktu melahirkan Amni..Seperti yang hani pernah bagitahu sebelum ni, hani sebenarnya dah post date.. hani lewat 6 hari melahirkan Amni daripada EDD yang diberikan oleh doktor. Mungkin dia nak jadi anak merdeka kot... hihihi..
Biasalah, bila dah terlewat bersalin ni.. hari2 pun berdoa supaya baby cepat2 keluar.. hari2 pujuk baby dalam perut ni.. ye la.. kalau boleh hani nak rasa sakit bersalin secara normal dan semulajadi.. gerun pulak bila dengar kene induce kalau dah terlewat sampai 9 hari..stress sungguh masa tu... kawan2 dan sedara-mara plak hari2 tanya dan msg, " dah bersalin ke belum?" Ggrrrrrr......
27 Ogos 2012
Cuti raya Mr AD dah habis dan dia terpaksa balik semula ke gemas.. dia ingat dia boleh sambung cuti raya dan cuti saya bersalin sekali.. tapi nampaknya tak dapat la sebab hani x bersalin lagi.. sedihnya... "Baby.. ibu nak lahirkan baby masa ayah baby ada... ibu nak ayah teman ibu nanti...".....
28 Ogos 2012
Hani pergi check mengandung di klinik kesihatan paka... huhuhu... rasa malas sangat nak pergi.. yela... hani sepatutnya dah bersalin.. tapi baby malu2 nak keluar.. bila time timbang jer... alamak... naik 2.5kg..nurse cakap ni mesti kes sedap sangat makan time raya ni.. memang tak dinafikan, selera makan hani bertambah-tambah masa raya tempoh hari.. lagi pun hani fikir baik aku makan jer.. nanti dah bersalin kena berpantang.. dah tak boleh makan macam2... hihihi.. disebabkan berat badan yang naik secara mendadak tu.. terpaksa hani pergi check up di klinik setiap hari.. doktor kata hani perlu diberi pemerhatian khas.. jantung baby kene check hari2 sebab hani dah post date.. doktor dah bagi tarikh 3 September untuk hani jalani induction for labor..
29 ogos 2012
Masih x bersalin lagi.. huhuhu...
Nurse : aik.. x bersalin lagi.. xpe.. sabar.. saya pun lewat jugak dulu.. saya lewat sampai 11 hari...
Hani : owhhhh... 11 hari? huhuhu.. saya harap saya x lewat sampai mcm tu sekali....
sedih ~~~~
30 ogos 2012
Mr. AD balik ke paka...lagipun 31 ogos cuti umum.. so dia pun decide ambil cuti terus memandangkan hani kemungkinan akan di "induce" pada 3 September..
Malam tu hani tetiba rasa sakit kontraksi... semua orang macam kelam kabut.. mak suruh hani pergi hospital.. tapi hani tak mahu..lagipun hani selalu sangat sakit macam tu.. cuma kali ni rasa sakitnya lebih kuat... kejap2 sakit tu hilang.. kejap2 datang semula.. " Maybe ni sakit yang macam selalu aku rasa.. bukan nak bersalin betul2 pun.." ni ayat orang kecewa ni.. selalu sangat hani rasa sakit macam tu.. ingat nak bersalin.. tapi tak pun... Malam tu sebelum tidur hani cakap kat baby.. "Baby... esok 31 ogos.. baby lahir esok yer..ibu dah sedia dah ni. lagipun esok jalan nak pergi kemaman mesti tak jem sebab orang tak kerja...hihihi."..... ZzzzzZZzzz
* Hani memang decide nak bersalin hospital kemaman... dan ada satu tempat on da way ke kemaman tu selalu sangat jem.berjam-jam la kereta bersusun kat situ. risau la jugak kalau jem nanti x pasal2 hani terberanak dalam kereta la plak... hihihi..
31 ogos 2012...
to be continued....
~~ Amni nangis dah nak susu ~~~
No comments:
Post a Comment