Showing posts with label E-Day. Show all posts
Showing posts with label E-Day. Show all posts

Monday, December 27, 2010

E-Day Review :::Berinai:::

Assalamulaikum w.b.t

Alkisahnya tersebutlah seorang budak perempuan yang mengada2 nak berinai.. padahal bukan nak kahwin pun...mengada-ngada sungguh.... wekk... =P

Maka dia pun beli la inai dalam tiub yang dah siap tu.. dengan angan2 nak lukis sendiri la konon... try punya try... buruk sungguh lukisan inainya.. tangan yang jadi mangsa tu tangan mak nya sendiri.. kesian mak..

Bila dah tahu diri sendiri tu xde talent nak melukis inai.. dia pun pergi la cari sesiapa yang boleh melukis inai tangan.. Payah jugak nak mencari orang yang pandai melukis inai ni.. kalau search dalam internet memang la banyak.. tapi mostly kawasan kl.. kalau ada pun jauh dari rumah.. owh.. takkan la semata2 nak lukis inai kene travel jauh kan.. ok.. mungkin kena lupakan je hasrat nak berinai ni.. tu la mengada2 sangat ... =(

Tapi ntah macam mana ada seorang pekerja kat salon bagitahu ada seorang yang pandai lukis inai kat kawasan dungun.. hihi... sukanya~~~

Maka.. 3 hari sebelum majlis tu.. hani pun pegi la jumpa orangnya...

Tadaa.... dah siap lukis...

Hani request corak yang simple jer... tak nak la yang berselirat tu... nanti orang takut nak salam dengan hani...hihi..

[close up] Actually, mula2 hani nak inai kuku jer.. tapi dah terlajak inai dengan jari2 plak.. huhu..

TAPI.. satu perkara yang mengejutkan telah berlaku selepas tu.....



AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tengok ni... selepas hani basuh... inai tu gelap yang amat sangat.. owh tidakkkk...
Dah macam kena gangrene....

*Gangrene = is a serious and potentially life-threatening condition that arises when a considerable mass of body tissue dies. (tisu mati la senang cakap..)

Buruk yang amat.. hani dah risau dah.. atoi... apa lagi.. operasi mengurangkan kegelapan inai tu pun bermula... Dengan rajinnya hani basuh ngan sabun hari2..

Selepas satu hari hani start operasi mengurangkan warna inai tu... Boleh tahan sikit kan? tapi kene rajin lagi basuh.. huhu.. =)


Ni picture masa E-day.. Alhamdulillah.. nasih baik warna inai tu dah ok... tak de la nampak macam gangrene lagi kan... hihi...


So, moral of the story:

1. Jangan jadi macam hani... gatal betul nak berinai.. tapi kalau nak pun.. apa salahnya.. nampak cantik dalam gambar..ye tak? hihi...

2. Inai tiub ni cepat merah.. so jangan pakai lama2 sangat2.. hani pakai for 1 hour... dah kehitaman jadinya...

3. kalau ada daun inai asli dari pokok lagi bagus kan... tu pun kalau korang rajin la... hihi...


4. Tips sebelum pakai inai : sila kilatkan kuku dulu dengan nail polishing block.. baru la kuku nampak berkilat dan bersinar.. nanti kan photographer nak close up kat jari kan3.. hihi..


*nail polishing block ni ada dijual kat watson and guardian.... jenis body shop pun ada...

Ok la... dah panjang lebar bercerita pasal berinai kan... 1st tyme pkai inai macam ni.. excited terlebih2... hihi...

orait.. till here.. thanks for reading everybody ~~~

-Mahani Mahadi-

E-Day Review :::Mini Pelamin:::

Assalamulaikum w.b.t

Hi semua followers and silent readers..
Kali ni hani nak story mengenai mini pelamin masa E-day hani baru2 ni...
Ada yang kata..

"eh.. ni dah bukan mini pelamin.. dah macam pelamin kawin jer..."

*Hani senyum jer* =) Hani tahu ianya takde la "mini" sangat...

Actually, masa di awal perbincangan hani dengan abg syukur (the one who make the pelamin, design baju and make up).. hani request mini pelamin with the box... warna off white + little touch with soft pink and baby blue... but everything jadi berubah bila hani dapat baju tunang hani yang berwarna putih + soft pink... so sangat tak sesuai dengan warna pelamin yang kami bincangkan sebelum ni... then.. kitaorg pun tukar kepada warna yang lebih gelap which is maroon and pink terang...

Ini ialah gambar mini pelamin yang hani request... look simple kan... box nya kecil je.. memang sesuai la kalau panggil 'mini pelamin'...hihi..hani suka sentuhan off white dengan little touch off baby blue too..look sweet jer..


This is my "mini pelamin"... design kristal, bantal2 kecil and bahagian backdrop tu stil di kekalkan macam yang hani request sebelum ni... tambahan nya.. hani mintak stage with 2 pallete sebab nak selesa sikit bila nak snap picture berdua.....Kan ada lagu tu ckp..

"duduk renggang2...jangan pegang2..bertambah sayang.." ngeee~~


[Close up]

Bahagian lipatan2 pada box and rama2 tu adalah tambahan dari abg shukur sendiri... hani juz let dia tambah apa yang dia rasa ok....Actually box ni besar kan? that's why ia tak nampak macam mini pelamin...kalau hani tak pakai box and juz pakai tirai jer.. it will more simple i think... kan3... tapi tu la... gatal sangat nak box.. hahaha...

Apa2 pun.. i LOVE my mini pelamin so much..


kenapa perlu ada mini pelamin?

Bagi hani mini pelamin BUKAN lah satu yang "wajib" ada untuk satu majlis pertunangan... bergantunglah kepada kehendak dan budget anda sendiri.. Ada orang nak sarungkan cincin dalam bilik jer..or juz duduk atas cushion ataupun kerusi sewaktu menyarungkan cincin. Macam tu pun ok..

Macam situasi hani, hani x siapkan bilik hani cantik2.. so hani rasa sangat tak sesuai untuk bagi semua orang masuk dan snap gambar dalam bilik tu...nanti gambar hani cacat macam entry sebelum ni.. so dengan adanya mini pelamin , anda boleh jadikan ia sebagai satu backdrop yang cantik untuk snap gambar bersama tunang anda dan ahli keluarga..

For those yang tinggal kat area paka, dungun, kerteh, kemaman or senang citer kat Terengganu la kan.. yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan buat pelamin, sewa baju pengantin or pertunangan, make up, dan gubahan hantaran daripada abg shukur.. can email hani untuk contact number abg shukur ok....

ok.. till here... thanks for reading...

-Mahani Mahadi-





Sunday, December 26, 2010

E-Day Review ::: Bilik ku yang tak di make up:::

Assalamualaikum w.b.t

Apa kabar semua kepada followers and silent readers...
Thanks coz memberi sokongan kepada blog cikai ni... kadang2 bila tengok traffik tu meningkat.. seronok gak rasanya... hihi... *senyum sorang2...

Kali ni hani nak share mengenai kisah "studio photoshoot" waktu hani tunang hari tu...
Haa??? pegi photoshoot ke tunang hari tuh? amboi2...

Hahaha... sebenarnya hani sedih bila tengok balik gambar2 masa engagement hari tu yang jadi "kureng" cket sebab latar belakang bilik yang memang x bersiap langsung... Tuan bilik je bersiap... biliknya tunggang langgang.... atoiii...

Masa tunang hari tu.. bilik hani ni dah dijadikan port budak2 melepak... and hani takde la beli perabot baru ke.. tukar pakai cadar pengantin ke... hahaha... semuanya biasa2 jer... dan dalam keadaan tak sedar, masa ambik gambar hari tu almari zip biru hani tu dah jadi popular lak.. semua gambar pun almari tu jadi latar belakang... hahaha...

Masa tu hani fikir... xpela tak "make up" bilik pun.. lagipun hani nak sarung cincin kat ruang tamu.. so just leave the bilik macam sedia ada.. boleh save budget kan.. xdela nak berhias bagai2 kat bilik tu..

Sedey bila tengok gambar ni.. isk..isk..

Picture ni snap sebelum sempat mengemas cket kat belakang tu..
Dah buruk dah latar belakang.. Nasib baik ley crop.. huhu... xpela...
*Peringatan = Sila perhatikan sekeliling sebelum snap gambar k...

This picture taken with my bro..
Popular sungguh almari zip biru tuh..



Adakah sepatutnya hani make up bilik tu macam ni??



Tidak kot...

Nanti masa wedding baru make up bilik macam ni ok...
Siap tabur2 kelopak bunga ros ag...hihi
i love this one =)


That's all for now..
Thanks for reading..

-Kata Hati- En. AD baru je pulang ke N9 untuk bekerja... Saya dah mula rindukan dia... =(

-Mahani Mahadi-



Saturday, December 25, 2010

E-Day Review :::Nikah ke Tunang??:::

Assalamulaikum w.b.t

Hi semua... memang dah adat dan menjadi kebiasaan, bila cuti sekolah jer mesti ramai pasangan akan melangsungkan perkahwinan... ye tak? Hari ni pun hani ada satu lagi undangan..insyAllah akan dihadiri tengahari nanti...

Bila dah musim orang kawin ni kan... ada la plak yang buat2 cerita kata hani nikah gantung..
Haaa???? Apatah motif sebaran berita ni.. hani pun tak tahu...

Actually.. keluarga hani memang besar.. Masa tunang hari tu jer keluarga belah hani dah dekat 60 orang... tu baru jemput sedara yang dekat2 pertaliaan nya.. yang bau2 bacang belum campur lagi.. Then, keluarga sebelah En. AD plak dekat40-50 orang datang... so memang la berderet-deret kereta kat depan rumah hani tu..sebab tu la majlis pertunangan ni hani dan keluarga buat untuk kaum keluarga sahaja..ni pun dah ramai kan...

Maybe disebabkan tengok ramai orang kat rumah hani tu... so ramai yang tertanya2 apa la yang berlaku kat rumah kami ni.. hingga terkeluar cerita2 yang mengarut... hani pelik la kenapa orang suka buat2 cerita... kalau nak tahu.. tanya jela... x perlu teka2 sampai termasuk dalam golongan mengumpat then menyebarkan berita palsu.. fitnah la kan?...Macam pedas je kan bunyinya.. tapi tu la yang sebenarnya..

Malam pertunangan tu.. ramai yang cakap..

Ni Kahwin ke Tunang??
Nikah terus jela..

HA??? (panik hani.. hahaha)

Tambahan pulak, En. AD malam tu berbaju melayu putih siap bersamping lagi.. Duduk bersila atas pelamin dah macam tunggu tok kadi.. "Kalau" kita dah submit borang nikah.. boleh la kawin terus... hahahaha...

Actually.. pada mulanya En.AD nak pakai kemeja je..Hani pun setuju jer..tak nak la nampak macam nak kawin lak kan... tapi ntah macam mana di saat2 akhir mak En. AD suruh pakai baju melayu... Bila tengok balik semua gambar.. nasib baik En. AD tak pakai kemeja.... hihi... so gambar2 tu nampak lebih proper.. boleh la buat cover kad kawin or bunting kan...

Bila En.AD tunjuk gambar kat kawan2 nya.. semua macam x percaya yang kami ni tunang.. berposing siap macam dah nikah...(eh.. tapi xde pegang2 k..hihi).. Abg shukur, OP kami malam tu memang membantu untuk buat kami selesa bergambar.. Al-maklum la.. kitaorg ni bukan model or orang dah biasa photoshoot.. tambahan plak depan orang ramai... malu2 kucing.. malu2 hamster suma ada.. =)


En. AD tengah tunggu tok kadi... hihi....


Alahai berposing bagai kan...
The one and only gambar kami snap sesama yang hani letak dalam blog ni...
Ada banyak lagi.. hahaha..
Kat facebook pun x letak sebab segan tahan gaban..



Apa pun.. semua dah selesai.. Nampak macam tunang or kawin ke.. x kisah la... semua preparation yang dibuat just to make our important day menjadi satu moment indah dalam hidup kami berdua..

With Love,
-Mahani Mahadi-

:::Mengikat Janji Hidup Bersama:::

Assalamualaikum w.b.t

Hi suma...Selamat hari Sabtu...

Lama jugak blog ni menyepi kan...tapi rasanya belum ada sarang labah2 lagi kot.. hihi...

Dengan jam yang menunjukkan pukul 3.37 pagi...sebenarnya tetibe lak xley nak tido... jadi apa kata update blog kan3... lagipun dari hari tu lagi nak update.. tapi xde masa...

Hani nak mulakan entry kali ni dengan lafaz syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaanNya.. Segala kemudahan dan nikmat yang diberikan..

....Alhamdulillah....

Hari ni hani gagahkan diri jugak untuk update blog ni... kalo nak diikutkan 5 hari lepas lg dah hani nak update blog ni... tapi masa sangat2 la tak mengizinkan..banyak tul perkara yang nak di uruskan..Operasi mengemas rumah selepas majlis + preparation untuk melapor diri bekerja selepas ni... ni pun baru habis buat kenduri kesyukuran dan bacaan yasin + kenduri kat rumah nenek... Berderet-deret.....Fuhh...penat tak hilang lagi rasanya... tapi hari ni.. x kira.. nak update gak.. hahaha..

Tanggal 18 Disember 2010 baru2 ni merupakan satu langkah baru dalam hidup hani.. wah... x sangka rasanya status diri dah berubah... sekejap je masa berlalu..umur dah 23.. i'm not a child anymore... walaupun terasa diri masih remaja... haha.. jgn marah..=)

Majlis pada malam tu berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah...

Special thanks to kaum keluarga dan jiran2.. mak, abah, tok, pakcik, makcik, sepupu sepapat semua coz bersusah payah bergotong-royong membuat persiapan majlis pertunangan ni...

Kepada kawan2 yang datang pada malam tu.. thanks sangat2 korang..anda semua telah menceriakan lagi majlis pada malam tu..hani sangat2 hargainya...

Kepada semua yang wish hani.. thanks a lot... Doakan lah kebahagiaan kami ok.. semoga segala dipermudahkan.. insyaAllah..

Untuk entry ni hani xnak ulas panjang2... Hani akan buat entry khas review one by one about this E-day.....



Zahirnya
Hubungan kita diikat dengan sebentuk cincin
Yang tersarung sebagai tanda janji untuk kita hidup bersama
Namun, apa yang tersirat disebaliknya
Hati kita bertaut
Menyakini jodoh dan anugerah dari yang Esa..
Setelah kita berusaha dan bertawakkal kepadaNya
Kini,
Kita Menanti
Saat manisnya bercinta
Bersama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...