Thursday, December 30, 2010

:::Memories in 2010:::

Assalamulaikum w.b.t.

Hi semua followers and silent readers..thanks for keep reading my blog.. =)

Tahun 2010 dah hampir melabuhkan tirainya...Pastinya sudah banyak perkara berlaku sepanjang tahun ni samaada suka atau pun duka..walaubagaimana pun itu semua akan tetap menjadi memori yang akan dikenang dalam lipatan sejarah hidup masing2....

[chewahh...ayat skema lak kan kat atas tuh.. hihi...]

Bagi hani, tahun 2010 ni begitu banyak kenangannya...Entry kali ni juz untuk imbas kembali, menyoroti peristiwa2 yang telah berlaku dalam hidup hani sepanjang tahun 2010 ni...

1. Tahun 2010 merupakan tahun akhir di universiti setelah 4 tahun belajar dengan bersungguh-sungguh.. (hahaha.. poyo...hani banyak main2 k...).. Ni la tahun yang menuntut kesabaran yang tinggi bila terpaksa mengorbankan masa dan tenaga sambil perah otak siapkan thesis bersama partner tersayang, Una... fuh... xley nak ingat rasanya...tapi itu la pengalaman yang cukup berharga...

2. Saya sudah grad pada bulan ogos 2010.. yeah...!! kali pertama naik pentas ambil ijazah.. hihi.. nak naik lagi lain kali boleh tak..???.. hihi...hopefully for master in a few years from now..

3. Kali pertama pergi interview kerja ngan SPA....hihi.nervous tak yah cakap la.. Dah la calon yang paling muda... ni memang satu pengalaman berharga buat hani.. dan alhamdulillah tak disangka2 hani dapat kerja tu...syukur Ya Allah..

4. Jika ada detik gembira, pasti ada detik dukanya.. sesekali hati ini diuji dengan hebat.. Andai penantian itu tiada penghujungnya.. hani redha dan yakin dengan ketentuan Ilahi.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

5. Tahun 2010 ni juga telah menyaksikan pertemuan hani dengan seorang rakan yang yang sudah terpisah hampir 7 tahun.. Besar sungguh rahmat Allah tu kan....sape dia?? hihi... [sila baca seterusnya]

6. Ramadhan tahun ni cukup bermakna buat hani.. bulan yang penuh keberkatan itu telah membuka hati ini, memberi petunjuk untuk menerima En. AD yang kini telah selamat dan officialnya menjadi tunangan hani....Sememangnya kisah cinta ini ibarat kisah novel yang tak pernah terlintas di fikiran hani.

7. Ini la tahun yang mencatatkan hani paling lama melepak kat rumah selepas 7 tahun tak berbuat demikian.. hahahaha....Penat dah jadi penganggur di rumah ni... otak semua dah beku.. harap2 hani masih pandai nak buat injection.. takut dah lupa.. hahaha.....

8. Kali pertama dalam sejarah hani berjaya turunkan berat badan... shyyy.... sikit je turunnya pun nak kepoh kan.. tapi selama ni sejak sekolah x pernah2 pun turun berat badan macam ni..Alhamdulillah.. program mengurangkan berat badan hani berjaya.. Tidak berlapar.. tiada ubatan.. hanyalah perlukan disiplin..ni semua gara2 takut tak padan baju tunang hari tu la.. haha...


Dah merepek2 dah hani.. ngee~~~

Sure ada banyak lagi yang boleh diimbas.. but cukup la sampai sini jer..


Apa2 pun... setahun dah hampir berlalu.. bertambah lagi setahun.. bertambah lagi umur selepas ni...

Selamat datang 2011... Berdebar2 bila pikirkan tahun depan ni.. Hani harap semuanya akan berjalan lancar.. dipermudahkan segalanya...Sama2 la kita memanfaatkan tahun baru ni dengan baik..Merancang sebaiknya, melakukan seeloknya..

Till here~~
Thanks for reading...

-Mahani Mahadi-

Wednesday, December 29, 2010

:::Up side Down, Begin my 1st step::


Assalamulaikum w.b.t..

Hi semua followers and silent readers...

Hujan kat paka ni nampaknya macam susah jer nak berhenti.. turun mencurah terus menerus..
Sejuknya.... Pekena sup ayam panas2 ni.. macam best.. masyukkk... huhu.. =)

Walaubagaimana pun, kebekuan dan kesejukan ni nampaknya takkan lama buat hani.. Dah kena start and panaskan enjin semula untuk menempuh hidup baru di tahun 2011 nanti... Bila dikira.. dicongak semuanya.. agak lama gak hani memegang status "SRSM" yang berjaya ni...

Oh.. SRSM tu stand for suri rumah sepenuh masa... hahaha.. tapi tak bertauliah.. sebab belum disahkan oleh tok kadi lagi... *gatal...ngee~~

Jadi hani duduk jela kat rumah ni menuntut ilmu masakan daripada mak yang tercinta kan3.... Tambahan pula ni la kali pertama melepak kat rumah dalam jangka masa yang lama selepas 7 tahun tak buat macam tu.... Dulu start bila masuk asrama penuh jer, mana ada masa nak duduk lepak lama2 macam ni kat rumah kan?

Hidup ni ada waktu lapang.. ada waktu sempit...
Ada waktu senang.. ada waktu susah..
Ada waktu suka.. dan ada wkatu duka...
Tak ada yang statik...
Semuanya terpulang kepada kita untuk memanfaatkan segalanya dengan baik atau tak...

Kalau sebelum ni hani asyik buzy study bertahun2... Allah dah bagi kelapangan untuk beberapa bulan ni untuk hani habiskan masa bersama keluarga di rumah...
Dan sekarang.. mungkin episod "buzy" akan bermula semula selepas hani lapor diri untuk berkerja 3 Januari ni... Hani harap mereka luluskan tempat yang hani mohon tu... Aminn... ( aminn la sama2...hihi.. thanks...)

Bersediakah aku untuk mula bekerja?
Bersediakah untuk belajar tanggung diri sendiri? (hihihi.. sebelum ni JPA ngan mak abah support kan....)
Bersediakah untuk jadi DEWASA? (Masih terasa muda lagi... perasan sungguh.. )




Setiap apa yang dilalui pasti bermula dengan langkah pertama kan??

Walaupun jauh lagi pendakian ni.. Tabahkan lah hati untuk mengharungi semuanya..
Hanya yang cekal akan sampai ke destinasi yang diimpikan.. =)


Doakan hani ye...

Till here ~~~Thanks for reading...





Monday, December 27, 2010

E-Day Review :::Berinai:::

Assalamulaikum w.b.t

Alkisahnya tersebutlah seorang budak perempuan yang mengada2 nak berinai.. padahal bukan nak kahwin pun...mengada-ngada sungguh.... wekk... =P

Maka dia pun beli la inai dalam tiub yang dah siap tu.. dengan angan2 nak lukis sendiri la konon... try punya try... buruk sungguh lukisan inainya.. tangan yang jadi mangsa tu tangan mak nya sendiri.. kesian mak..

Bila dah tahu diri sendiri tu xde talent nak melukis inai.. dia pun pergi la cari sesiapa yang boleh melukis inai tangan.. Payah jugak nak mencari orang yang pandai melukis inai ni.. kalau search dalam internet memang la banyak.. tapi mostly kawasan kl.. kalau ada pun jauh dari rumah.. owh.. takkan la semata2 nak lukis inai kene travel jauh kan.. ok.. mungkin kena lupakan je hasrat nak berinai ni.. tu la mengada2 sangat ... =(

Tapi ntah macam mana ada seorang pekerja kat salon bagitahu ada seorang yang pandai lukis inai kat kawasan dungun.. hihi... sukanya~~~

Maka.. 3 hari sebelum majlis tu.. hani pun pegi la jumpa orangnya...

Tadaa.... dah siap lukis...

Hani request corak yang simple jer... tak nak la yang berselirat tu... nanti orang takut nak salam dengan hani...hihi..

[close up] Actually, mula2 hani nak inai kuku jer.. tapi dah terlajak inai dengan jari2 plak.. huhu..

TAPI.. satu perkara yang mengejutkan telah berlaku selepas tu.....



AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tengok ni... selepas hani basuh... inai tu gelap yang amat sangat.. owh tidakkkk...
Dah macam kena gangrene....

*Gangrene = is a serious and potentially life-threatening condition that arises when a considerable mass of body tissue dies. (tisu mati la senang cakap..)

Buruk yang amat.. hani dah risau dah.. atoi... apa lagi.. operasi mengurangkan kegelapan inai tu pun bermula... Dengan rajinnya hani basuh ngan sabun hari2..

Selepas satu hari hani start operasi mengurangkan warna inai tu... Boleh tahan sikit kan? tapi kene rajin lagi basuh.. huhu.. =)


Ni picture masa E-day.. Alhamdulillah.. nasih baik warna inai tu dah ok... tak de la nampak macam gangrene lagi kan... hihi...


So, moral of the story:

1. Jangan jadi macam hani... gatal betul nak berinai.. tapi kalau nak pun.. apa salahnya.. nampak cantik dalam gambar..ye tak? hihi...

2. Inai tiub ni cepat merah.. so jangan pakai lama2 sangat2.. hani pakai for 1 hour... dah kehitaman jadinya...

3. kalau ada daun inai asli dari pokok lagi bagus kan... tu pun kalau korang rajin la... hihi...


4. Tips sebelum pakai inai : sila kilatkan kuku dulu dengan nail polishing block.. baru la kuku nampak berkilat dan bersinar.. nanti kan photographer nak close up kat jari kan3.. hihi..


*nail polishing block ni ada dijual kat watson and guardian.... jenis body shop pun ada...

Ok la... dah panjang lebar bercerita pasal berinai kan... 1st tyme pkai inai macam ni.. excited terlebih2... hihi...

orait.. till here.. thanks for reading everybody ~~~

-Mahani Mahadi-

E-Day Review :::Mini Pelamin:::

Assalamulaikum w.b.t

Hi semua followers and silent readers..
Kali ni hani nak story mengenai mini pelamin masa E-day hani baru2 ni...
Ada yang kata..

"eh.. ni dah bukan mini pelamin.. dah macam pelamin kawin jer..."

*Hani senyum jer* =) Hani tahu ianya takde la "mini" sangat...

Actually, masa di awal perbincangan hani dengan abg syukur (the one who make the pelamin, design baju and make up).. hani request mini pelamin with the box... warna off white + little touch with soft pink and baby blue... but everything jadi berubah bila hani dapat baju tunang hani yang berwarna putih + soft pink... so sangat tak sesuai dengan warna pelamin yang kami bincangkan sebelum ni... then.. kitaorg pun tukar kepada warna yang lebih gelap which is maroon and pink terang...

Ini ialah gambar mini pelamin yang hani request... look simple kan... box nya kecil je.. memang sesuai la kalau panggil 'mini pelamin'...hihi..hani suka sentuhan off white dengan little touch off baby blue too..look sweet jer..


This is my "mini pelamin"... design kristal, bantal2 kecil and bahagian backdrop tu stil di kekalkan macam yang hani request sebelum ni... tambahan nya.. hani mintak stage with 2 pallete sebab nak selesa sikit bila nak snap picture berdua.....Kan ada lagu tu ckp..

"duduk renggang2...jangan pegang2..bertambah sayang.." ngeee~~


[Close up]

Bahagian lipatan2 pada box and rama2 tu adalah tambahan dari abg shukur sendiri... hani juz let dia tambah apa yang dia rasa ok....Actually box ni besar kan? that's why ia tak nampak macam mini pelamin...kalau hani tak pakai box and juz pakai tirai jer.. it will more simple i think... kan3... tapi tu la... gatal sangat nak box.. hahaha...

Apa2 pun.. i LOVE my mini pelamin so much..


kenapa perlu ada mini pelamin?

Bagi hani mini pelamin BUKAN lah satu yang "wajib" ada untuk satu majlis pertunangan... bergantunglah kepada kehendak dan budget anda sendiri.. Ada orang nak sarungkan cincin dalam bilik jer..or juz duduk atas cushion ataupun kerusi sewaktu menyarungkan cincin. Macam tu pun ok..

Macam situasi hani, hani x siapkan bilik hani cantik2.. so hani rasa sangat tak sesuai untuk bagi semua orang masuk dan snap gambar dalam bilik tu...nanti gambar hani cacat macam entry sebelum ni.. so dengan adanya mini pelamin , anda boleh jadikan ia sebagai satu backdrop yang cantik untuk snap gambar bersama tunang anda dan ahli keluarga..

For those yang tinggal kat area paka, dungun, kerteh, kemaman or senang citer kat Terengganu la kan.. yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan buat pelamin, sewa baju pengantin or pertunangan, make up, dan gubahan hantaran daripada abg shukur.. can email hani untuk contact number abg shukur ok....

ok.. till here... thanks for reading...

-Mahani Mahadi-





Sunday, December 26, 2010

E-Day Review ::: Bilik ku yang tak di make up:::

Assalamualaikum w.b.t

Apa kabar semua kepada followers and silent readers...
Thanks coz memberi sokongan kepada blog cikai ni... kadang2 bila tengok traffik tu meningkat.. seronok gak rasanya... hihi... *senyum sorang2...

Kali ni hani nak share mengenai kisah "studio photoshoot" waktu hani tunang hari tu...
Haa??? pegi photoshoot ke tunang hari tuh? amboi2...

Hahaha... sebenarnya hani sedih bila tengok balik gambar2 masa engagement hari tu yang jadi "kureng" cket sebab latar belakang bilik yang memang x bersiap langsung... Tuan bilik je bersiap... biliknya tunggang langgang.... atoiii...

Masa tunang hari tu.. bilik hani ni dah dijadikan port budak2 melepak... and hani takde la beli perabot baru ke.. tukar pakai cadar pengantin ke... hahaha... semuanya biasa2 jer... dan dalam keadaan tak sedar, masa ambik gambar hari tu almari zip biru hani tu dah jadi popular lak.. semua gambar pun almari tu jadi latar belakang... hahaha...

Masa tu hani fikir... xpela tak "make up" bilik pun.. lagipun hani nak sarung cincin kat ruang tamu.. so just leave the bilik macam sedia ada.. boleh save budget kan.. xdela nak berhias bagai2 kat bilik tu..

Sedey bila tengok gambar ni.. isk..isk..

Picture ni snap sebelum sempat mengemas cket kat belakang tu..
Dah buruk dah latar belakang.. Nasib baik ley crop.. huhu... xpela...
*Peringatan = Sila perhatikan sekeliling sebelum snap gambar k...

This picture taken with my bro..
Popular sungguh almari zip biru tuh..



Adakah sepatutnya hani make up bilik tu macam ni??



Tidak kot...

Nanti masa wedding baru make up bilik macam ni ok...
Siap tabur2 kelopak bunga ros ag...hihi
i love this one =)


That's all for now..
Thanks for reading..

-Kata Hati- En. AD baru je pulang ke N9 untuk bekerja... Saya dah mula rindukan dia... =(

-Mahani Mahadi-



Saturday, December 25, 2010

E-Day Review :::Nikah ke Tunang??:::

Assalamulaikum w.b.t

Hi semua... memang dah adat dan menjadi kebiasaan, bila cuti sekolah jer mesti ramai pasangan akan melangsungkan perkahwinan... ye tak? Hari ni pun hani ada satu lagi undangan..insyAllah akan dihadiri tengahari nanti...

Bila dah musim orang kawin ni kan... ada la plak yang buat2 cerita kata hani nikah gantung..
Haaa???? Apatah motif sebaran berita ni.. hani pun tak tahu...

Actually.. keluarga hani memang besar.. Masa tunang hari tu jer keluarga belah hani dah dekat 60 orang... tu baru jemput sedara yang dekat2 pertaliaan nya.. yang bau2 bacang belum campur lagi.. Then, keluarga sebelah En. AD plak dekat40-50 orang datang... so memang la berderet-deret kereta kat depan rumah hani tu..sebab tu la majlis pertunangan ni hani dan keluarga buat untuk kaum keluarga sahaja..ni pun dah ramai kan...

Maybe disebabkan tengok ramai orang kat rumah hani tu... so ramai yang tertanya2 apa la yang berlaku kat rumah kami ni.. hingga terkeluar cerita2 yang mengarut... hani pelik la kenapa orang suka buat2 cerita... kalau nak tahu.. tanya jela... x perlu teka2 sampai termasuk dalam golongan mengumpat then menyebarkan berita palsu.. fitnah la kan?...Macam pedas je kan bunyinya.. tapi tu la yang sebenarnya..

Malam pertunangan tu.. ramai yang cakap..

Ni Kahwin ke Tunang??
Nikah terus jela..

HA??? (panik hani.. hahaha)

Tambahan pulak, En. AD malam tu berbaju melayu putih siap bersamping lagi.. Duduk bersila atas pelamin dah macam tunggu tok kadi.. "Kalau" kita dah submit borang nikah.. boleh la kawin terus... hahahaha...

Actually.. pada mulanya En.AD nak pakai kemeja je..Hani pun setuju jer..tak nak la nampak macam nak kawin lak kan... tapi ntah macam mana di saat2 akhir mak En. AD suruh pakai baju melayu... Bila tengok balik semua gambar.. nasib baik En. AD tak pakai kemeja.... hihi... so gambar2 tu nampak lebih proper.. boleh la buat cover kad kawin or bunting kan...

Bila En.AD tunjuk gambar kat kawan2 nya.. semua macam x percaya yang kami ni tunang.. berposing siap macam dah nikah...(eh.. tapi xde pegang2 k..hihi).. Abg shukur, OP kami malam tu memang membantu untuk buat kami selesa bergambar.. Al-maklum la.. kitaorg ni bukan model or orang dah biasa photoshoot.. tambahan plak depan orang ramai... malu2 kucing.. malu2 hamster suma ada.. =)


En. AD tengah tunggu tok kadi... hihi....


Alahai berposing bagai kan...
The one and only gambar kami snap sesama yang hani letak dalam blog ni...
Ada banyak lagi.. hahaha..
Kat facebook pun x letak sebab segan tahan gaban..



Apa pun.. semua dah selesai.. Nampak macam tunang or kawin ke.. x kisah la... semua preparation yang dibuat just to make our important day menjadi satu moment indah dalam hidup kami berdua..

With Love,
-Mahani Mahadi-

:::Mengikat Janji Hidup Bersama:::

Assalamualaikum w.b.t

Hi suma...Selamat hari Sabtu...

Lama jugak blog ni menyepi kan...tapi rasanya belum ada sarang labah2 lagi kot.. hihi...

Dengan jam yang menunjukkan pukul 3.37 pagi...sebenarnya tetibe lak xley nak tido... jadi apa kata update blog kan3... lagipun dari hari tu lagi nak update.. tapi xde masa...

Hani nak mulakan entry kali ni dengan lafaz syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi di atas segala kurniaanNya.. Segala kemudahan dan nikmat yang diberikan..

....Alhamdulillah....

Hari ni hani gagahkan diri jugak untuk update blog ni... kalo nak diikutkan 5 hari lepas lg dah hani nak update blog ni... tapi masa sangat2 la tak mengizinkan..banyak tul perkara yang nak di uruskan..Operasi mengemas rumah selepas majlis + preparation untuk melapor diri bekerja selepas ni... ni pun baru habis buat kenduri kesyukuran dan bacaan yasin + kenduri kat rumah nenek... Berderet-deret.....Fuhh...penat tak hilang lagi rasanya... tapi hari ni.. x kira.. nak update gak.. hahaha..

Tanggal 18 Disember 2010 baru2 ni merupakan satu langkah baru dalam hidup hani.. wah... x sangka rasanya status diri dah berubah... sekejap je masa berlalu..umur dah 23.. i'm not a child anymore... walaupun terasa diri masih remaja... haha.. jgn marah..=)

Majlis pada malam tu berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah...

Special thanks to kaum keluarga dan jiran2.. mak, abah, tok, pakcik, makcik, sepupu sepapat semua coz bersusah payah bergotong-royong membuat persiapan majlis pertunangan ni...

Kepada kawan2 yang datang pada malam tu.. thanks sangat2 korang..anda semua telah menceriakan lagi majlis pada malam tu..hani sangat2 hargainya...

Kepada semua yang wish hani.. thanks a lot... Doakan lah kebahagiaan kami ok.. semoga segala dipermudahkan.. insyaAllah..

Untuk entry ni hani xnak ulas panjang2... Hani akan buat entry khas review one by one about this E-day.....



Zahirnya
Hubungan kita diikat dengan sebentuk cincin
Yang tersarung sebagai tanda janji untuk kita hidup bersama
Namun, apa yang tersirat disebaliknya
Hati kita bertaut
Menyakini jodoh dan anugerah dari yang Esa..
Setelah kita berusaha dan bertawakkal kepadaNya
Kini,
Kita Menanti
Saat manisnya bercinta
Bersama

Wednesday, December 8, 2010

::Si Budak NAKAL mata bulat::

Assalamulaikum w.b.t.

Hi semua....

Hari ni macam hari yang kurang 'produktif' buat hani..kenapa?
Hujan turun tak berhenti daripada pagi tadi... Rasa hati macam nak 'berbungkus' jer..
Alamak.. anak dara mana boleh "bungkus" tengah2 hari ni... hihi....=P

Alangkah bestnya dapat makan lempeng "nyor" sejuk2 macam ni... nyum2.. sedapnya...

* nyor = kelapa
* bungkus=selimut

Ok..tajuk hari macam agak personal cket... tapi ntah kenapa tetibe je teringat zaman kanak2 dulu... korang pun mesti ada perkara pelik or nakal yang korang buat masa kecik2 kan.. bila pikirkan semula..

" apasal la aku buat macam tu dulu"..

Tu la.. waktu tu akal ibarat putik jagung... main buat je semua benda.. tak fikirkan sangat akibatnya... tapi itulah proses pembesaran namanya.. sekurang2nya kita ada memory masa kecil yang boleh kita kenang dan gelak2..kan3...

Ni la antara perkara PELIK yang hani tak boleh lupa semasa hani kecil...

(Kids Don't Try This At Home.. ngeee~~)

1. Hani dan sepupu2 hani "ter"pecahkan telur yang ada anak ayam yang dah mati.. disebabkan takut kena marah dengan tok.. kami gantung bangkai anak ayam tu atas pokok..dengan harapan takkan dikesan..(kenapa kami pilih atas pokok ek???) seminggu tok kami mencari mana datangnya bau busuk kat kawasan rumah... (tu sebab bangkai yang kami gantung atas pokok tu la...)

2. Hani dan sepupu2 hani panjat pokok cermai kat belakang rumah hani.. kami dapat kumpul seplastik besar buah cermai dan jual kat kedai dengan harga RM2... Happy sangat masa tu biar pun cuma RM2...budak2 kan.. mak hani konfius tengok buah cermai belakang rumah semua hilang tetibe... tak lama selepas tu baru kami bukak mulut cerita hal sebenar...

3. Hani dulu suka menyanyi.. (sekarang pun sama daa.. huhu)... Hani akan susun semua anak2 patung dan bear kat kerusi.. kemudian hani akan berlagak macam penyanyi buat persembahan... nasib baik semua anak patung n bear tu tak boleh bercakap.. kalau tak mesti diorang suruh hani berhenti nyanyi.. hahaha.. disaster sangat suara ni...Bapak hani cakap masa tengah nyanyi tu hani ada cakap..

" lagu ini saya tujukan khas buat kekasih saya".. sambil tunjuk kat bear warna coklat yang paling besar...

Hahaha.. masa tu baru 5 tahun kot.. dah ada kekasih?.. pengaruh filem betul laaa..

4. Dulu hani ada anak patung barbie.. cantik sangat.. hani suka sangat main ngan dia... waktu tu ada cerita disney mermaid tayang kat tv tau.. disebabkan hani xboleh beli anak patung mermaid... hani pun sarungkan stoking kat kaki barbie tu... haa.. dah jadi macam mermaid kan?... hari2 main dalam toilet... rendam cik barbie dalam baldi.. sampai satu malam tu mak dengar suara dari dalam toilet cakap "lemas..lemas..".. lepas pada hari tu.. hani tak main dah dengan barbie tu.. seram kan...

5. Dulu hani memang ada cita2 nak jadi pembaca berita.. so memang suka tengok berita pukul 8 malam tu semata2 nak tiru cara diorang bercakap... hahaha.. ada ke budak2 suka tengok berita?

6. Ni salah satu cerita yang mak hani ceritakan semula kat hani.. coz masa tu hani kecik lagi.. x berapa ingat sangat... masa tu hani dapat basikal pertama hani.. warna hitam.. wah.. suka sangat masa tu.. abah beli basikal tu kat dungun.. hani pun ikut masa tu.. lepas beli basikal.. abah dan mak singgah kat pasar dungun tu nak beli barang.. tak pasal2 hani nak main basikal baru kat situ jugak... adoi...excited terlebih la ni.. terpaksa la mak and abah teman hani main basikal kat tempat parking kereta kat pasar tu.. tak malu betul.. suma orang tgk...

7. Korang pernah main khemah2 dalam rumah tak?.. haha.. yang ni memang best.. dulu ada kerusi rotan yang kusyennya boleh tanggalkan satu2 tu kan.. hani ngan adik ambik kusyen tu then susun2 kat ruang tamu.. kami ambik tikar buat jadi atap.. then ambik lampu suluh, makanan semua bawak masuk kat dalam "khemah" tu.. hihi.. seronok.. siap tito kat situ lagi... tapi mak mesti bising.. sebab lepas tu kami malas kemas... hahaha...


Ni la budak yang nakal tu...
Alahai.. boolatt nya mata... haha...



Owh.. ini la dia "skandal" semasa kecil..
Actually.. ni cousin hani... kami sebaya..
(Apasal muka hani tercengang gitu?)

Hahaha...ok la... banyak lak menaip kali ni....

Till here~~~

Thanks for reading.. =)



Tuesday, December 7, 2010

Owh Qasidah...buah hatiku..

Assalamulaikum w.b.t.

Meraut lidi si pohon kelapa
Sambil menunggu hujan nak turun
Hidangan tradisi jangan dilupa
Santapan berzaman turun temurun

Chewahh.... berpantun pulak...
Haa.. jawab2....nak beli tak?

Ok la.. sesuai dengan pantun tadi, entry kali ni hani nak berkongsi tentang satu kuih tradisional.
Namanya Kuih Qasidah.. bukan hamidah ke.. Rafidah ke ok... QASIDAH.. sedapkan nama kuih ni..

Nak dijadikan cerita.. abah mengidam nak makan kuih qasidah ni.. nak cari kat kedai sekarang ni memang susah sebab dah jarang2 orang buat kuih ni..kuih orang lama2 kan.. tapi abah memang suka.. abah kata, dulu tok wan pandai buat kuih ni.. Tapi sekarang ni tokwan dah tua.. x larat nak buat lagi..

Bila sang isteri mendengar luahan hati si suami.. lantas dia terus menelefon kawannya untuk mintak resepi.. hihi.. mak hani la ni..Kemudian, bermula la langkah pertama untuk membuat kuih qasidah ni.. 1st time nih..

Ok.. ni bahan2nya.
  1. 1 kilo tepung gandum
  2. 500 gram gula (kurangkan lagi bagus.. gula mahal..)
  3. 2 cawan santan pekat
  4. 6-8 biji telur
  5. 2 sudu minyak sapi
  6. 2 sudu marjerin
  7. Minyak bawang
Cara2 membuatnya:

Hiris bawang macam ni.. ni untuk buat minyak bawang ok..
Sila jangan menangis semasa menghiris bawang ni yek..~~ =)



Kemudian bawang tu di goreng. Minyak gorengan ni akan ada rasa bawang.. minyak ni kita akan campur kat dalam adunan nanti dan bawang goreng tu akan jadi hiasan kuih ni.

Tepung di goreng hingga ringan dan sampai kekuningan..
jangan sampai hangus tau..

Bila tepung dah kekuningan, masukkan gula, santan dan telur.


Then, kacau dan kacau sampai sebati...
Bila dah hampir likat@ pekat, masukkan minyak sapi, marjerin dan minyak bawang.
Masa ni kekekuatan untuk mengacau di uji... lenguh tangan ni.. wawawa.. boleh jadi exercise memejalkan otot.. hihi..

Cuba bayangkan orang zaman dulu2 masak kuih ni.. siap dengan dapur kayu lagi..
mesti susah kan..


Bila dah lama-lama, adunan tadi akan berubah seperti ini...Huhu..
Actually kena letak pewarna kuning... tapi kitaorang tak letak..
so nampak pucat sikit la..

Kemudian adunan tadi dibentuk menggunakan acuaan..
Bawang goreng tadi ditaburkan di atas kuih ni sebagai hiasan dan penambah perasa.

Untuk pengetahuan semua, Kuih Qasidah ni ada acuan khas tau.. tapi memandangkan ami xde acuan tu.. jadi rembat jela acuan biskut bunga cina@ dahlia ni.. hihi.. so jangan pelik pulak tgk qasidah kami ni yer..


Tadaaa.... dah siap...

Ni dia gambar kuih qasidah yang hani google..
Ni yang sepatut jadi la.. hahaha..

Bentuk hampir2 dah tu... huhu.. boleh la kan...


Ok.. sampai di sini sahaja entry kali ni.. nnti kalau hani cuba resepi baru.. hani update lagi ok..(Sebenarnya masih dalam proses memahirkan diri untuk memasak..hihi.. )

Apa kuih tradisional yang korang suka makan ek?
Meh la kongsi dengan hani...

Till here~~~
Thanks for reading.













::.Inner Cotton Murah2..::

Assalamulaikum w.b.t.


Anda seorang fashionista?

Mahu kelihatan menarik dengan pelbagai gaya bertudung?

Inilah masanya...Jangan lepaskan peluang keemasan ini..



Tadaa....


Ok tak promotion hani?
Apa? x cukup berkeyakinan? tak cukup hot lagi ek...
Of course la tak ley lawan DDR ( Dr. Romzey JuzMate 5) buat promotion.. hahahaha..
Pecah panggung beb..

Xpe2.. kita tinggalkan DDR tu dulu...
Actually, gambar inner di atas tu bukan untuk di jual ok.. (Beria2 edit macam nak jual)..saje je hani buat propaganda tadi... ampun2...Belum sampai seru ag nak menceburkan diri dalam dunia perniagaan di alam maya ni... tapi why not kalau satu hari nanti kan.. who know..



INNER @ SERKUP @ ANAK TUDUNG @ BANDANA

Mesti ramai yang pakai inner sebagai salah satu pelengkap gaya bertudung kan?... inner ada macam2 jenis.. ada yang jenis jersey...lyra lah.. yang ada awning.. yang panjang tutup leher..yang custom made dan bagai2 la.. fuh.. hani suka blogwalking page2 yang hot menjual kelengkapan wanita yang satu ni.... suka tengok fesyen terbaru and banding2kan harga yang mereka tawarkan... memang sengit persaingannya.. namun permintaan memang tinggi..

kalau page yang popular tuh... tak sampai sejam update shawl baru.. suma dah di booking... macam gorang pisang panas... pisang pun x laku macam tu.. hehehe.. =)

Inner cotton yang hani tunjukkan kat atas tu sebenarnya hani beli di centre point kemaman.. orang terengganu mesti tahu tempat ni..Actually hani memang mencari inner warna2 tersebut untuk menambah lagi koleksi yang ada..

Tahu tak hani beli berapa ringgit? RM5 je sehelai...
inner cotton yang selesa dengan warna yang cantik.. jahitan pun bagus...
Apa lagi.. sukanya hati ni... mula2 macam tak percaya coz kainnya memang elok... sebelum ni hani ada gak jupe inner harga rm5.. tapi kain memang x cantik la.. nipis dan warna pun x cantik..

Hani takut gak budak yang jual tu konfius ke.. salah bagi harga ke.. coz dekat tag harga tulis RM6.. mana la tahu kan.. no 6 dengan 9 kan selalu tertukar.. kan3.. Tapi budak jurujual tu cakap memang harganya rm6.. okla..kira murah la kan... Tapi saje je nak cuba nasib..hani minta kurang ag... hahaha... dengan senang hati dia bg RM5 sehelai.. apa lagi... beli la..

Bila fikir balik ruginya ta beli bnyak2 hari tu... (ni kata hati yang nak perabis duit la nih)
Yela.. bila tengok kat tempat lain.. x dapat pun harga mcm tu... even beli online pun lagi mahal drpd tu...huhuhu.. Xpe2.. hajat di hati nak pegi kemaman lagi... yeah.... suka2.. =)

Korang biasa beli tudung ke.. shawl ke.. inner ke kat mana?
Biasa beli online? apa blog nya?
Jom kongsi yuk..

Till here~~~ Babai semua...

Thanks for reading..

::10::

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Maal Hijrah semua..

Wah tak sangka dah masuk tahun baru.. kejap je masa berlalu..

Apa yang anda hajatkan dah tercapai?
Apa yang anda rancangkan dah dilaksanakan?
kalau belum, jom set target anda sekarang..
InsyaAllah, moga dengan ketibaan 1 Muharram ni kita lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan kita...

Ni lah tarikh bersejarah di mana Nabi kesayangan kita Nabi Muhammad s.a.w telah berhijrah dari Makkah ke Yathrib. Hijrah ini telah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri...

Saya pasti, untuk kita mendapat satu kebahagiaan ataupun kejayaan.. perubahan perlu dilakukan..Tiada apa yang senang dalam hidup ni kan.. tapi tiada juga yang susah jika kita sentiasa berfikir secara positif..

"Nak positif macam mana lagi?"
"Cakap memang senang"

Sebab tu la dalam rukun iman ada disebut "percaya kepada qada' dan qadar".. itu lah salah satu pegangan yang akan membuatkan kita sentiasa redha dengan ketentuanNya.. dan janganlah kita berhenti mencuba hingga ita capai apa yang kita impikan..Yang selebihnya.. serahkan lah kepada Yang Maha Mengetahui untuk menentukannya.

Hari ni saya berborak dengan seseorang...

Hati saya tersentuh bila mengenangkan betapa agungnya ketentuan Allah itu...
Setiap pertemuan, jodoh, ajal dan maut itu adalah rahsiaNya..

Dia memberi kesakitan dan kekecewaan yang sebenarnya mampu ditanggung...kemudian menguji dengan bermacam cara ketabahan hati yang akhirnya mematangkan diri..
Dan bila sampai masanya.. sekelip mata dan tanpa disangka dia anugerahkan kebahagiaan yang indah.... waktu itu.. kita akan bersyukur dan tahu menghargainya..

Huhu.. entry kali ni macam syahdu jer kan...

Ok la.. saya sedang mengira hari-hari sebelum saya melangkah ke satu platform baru dalam hidup saya.. huhu.. saya bukan nak nikah ke kawin ok... beria2 saya counting ek.. even ia tidak sebesar mana yang korang pikirkan.. for me.. it's a new thing.. new responsible.. new way of life. Banyak yang bakal menunggu saya selepas ni..no more like a child, mahani.

Saya nampak excited ker... huhu.. sila maafkan saya jika anda rasa saya ter'over'.. =)

But, trust me.. ianya bagaikan mimpi...
There was no "couple".. no "declare".. no "date"..straight to "propose"
kalau anda jadi saya pun anda akan rasa "kenapa masa bergerak begitu pantas untuk scene kehidupan yang ni?"

=)

Nanti la bila semua dah selamat dan selesai i will make special entry for this "story"..

ok..till here~~~
Thanks for reading..

Monday, December 6, 2010

:::Salam Maal Hijrah 1432:::

Assalamualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah semua.

Pejam celik..pejam celik.. Cakk!
Esok dah 7 Disember 2010 bersamaan dengan 1 Muharram 1432 hijrah..

Sempena menyambut tahun baru dalam bulan islam ni, marilah kita serba sedikit menambah ilmu dengan membaca review yang saya petik dari laman Fadhilat Bulan-Bulan Islam (Klik Disini).

MUHARRAM

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


DOA AKHIR TAHUN

: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
DOA AWAL TAHUN
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
AMALAN SUNAT
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Semoga kita semua bersedia untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan ini menuntut kepada pengorbanan yang besar dari kita dan juga istiqamah yang hebat. Disamping itu juga marilah kita menghayati penghijrahan Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat didalam menegakkan syiar Islam.

InsyaAllah...~~~

Pixy + White Eyeliner (Review)

Assalamualaikum w.b.t

Hi semua adikk2 n kakak manis di luar sana..
Kali ni hani nak kongsi review mengenai 2 produk.

Actually, sebelum ni hani xpernah dengar pun nama PIXY ni... Compact powder yang hani guna sebelum ni memang kurang memuaskan and x tahan lama... lebih2 lagi kalau cuaca panas ckit.. mesti berminyak ..

so 1st sekali jumpa produk ni bila hani baca review kat blog kawan hani... Msa tu xde niat ag untuk beli or cuba.. then..bila blogwalking lagi... Hani jumpa banyak pengguna yang dah try produk ni and diorang suma berpuas hati dengan hasilnya..

Akibat daripada terpengaruh...Hani pun beli la compact powder ni dekat guardian.. Biasala remaja kan mudah terpengaruh..(ops..remaja ke?)

So sekarang ni hani masih dalam tempoh percubaan lagi untuk try produk ni.. but 1st time pakai pun dah rasa perbezaannya.. (hahaha.. ayat mcm dalam iklan)..

Ini sedikit description mengenai produk PIXY ni:

Produk PIXY UV Whitening two way cake ini mengandungi:
  1. Active whitening yang membuat kulit tampaklebih putih dan cerah.
  2. Vitamin C
  3. Jojoba Oil untuk mengekalkan kelembapan kulit
Produk ini sangat disyorkan untuk menutupi pori2 yang besar dan bekas2 parut jerawat atau cela yang tidak sekata.

Yang menariknya, produk ini boleh digunakan dengan 2 cara.
  1. Kalo pakai span kering boleh jadi compact powder macam biasa.
  2. Kalo pakai span basah.. boleh bagi effect seperti foundation.... (saya suka yang ni..)
Ok..kita tinggalkan dulu cerita mengenai PIXY.. hahaha.. dah macam jurujual produk plak.. Untuk pengetahuan semua, hani bukan nak jual produk ni k.. tapi hani ada jumpa beberapa link yang jual produk ni di internet dengan harga yang lebih murah daripada di kedai... ini dia link blog tersebut. Ataupun anda boleh beli kat Watson or Guardian..Jimat wang pos.. =)))

Psttt....
Compact powder ni ada isian semula.. kan jimat tu.. kalau dah habis beli je isian semula.. harga pun murah..save budjet.



WHITE EYELINER....

Korang pernah cuba tak?

Kalau tak pernah apa kata korang baca review ni and mana tahu selepas ni korang boleh cuba apply white eyeliner plak...kan3...

Selalunya kita nampak orang mesti pakai black or dark brown eyeliner.. betul tak?
Tak ramai yang menggunakan white eyeliner... sebenarnya penggunaan white eyeliner ada beberapa kelebihan iaitu:

  1. Kepada yang inginkan effect mata yang lebih besar.. inilah rahsianya..just line white eyeliner at the bottom lid..
  2. Mata akan nampak lebih segar dan bermaya dengan memberi sentuhan white eyeliner pada mata anda.. xdela nmpak gelap jer.. kalau tersalah pkai black eyeliner boleh nmpak macam panda eyes plak kan..
  3. White eyeliner boleh digunakan untuk buat highlight pada mata. Juz apply white eyeliner to the inner corner of your eye and Lining the top and bottom lid from the inner corner of your eye out..
  4. Untuk kesan yang lebih dramatik, anda boleh gabungkan layer lining eyeliner anda dengan black and white eyeliner..
Untuk maklumat lanjut.. try la google and search ok..or try baca this link atau lihat tutorial oleh Michelle Phan disini.



Ini black and pearl colour eyeliner dari In2It..
The black one is so good... but the pearl is "ala-ala" jer..


Ni risalah yang hani ambil dekat guardian.. haha..
Boleh dijadikan rujukan.. =)

Psttt..hani pun masih belajar lagi mengenai white eyeliner ni.. try and error ok until we get the perfect and suitable style of make up.. =)

Owh.. rasa nak makan karipap la..karipap hari tu ada lagi hani buat frozen... hihi...

Ok.. Till here.. daaa...

Saturday, December 4, 2010

::::Minah Karipap:::

Assalamualaikum w.b.t.


Adakah anda rasa lapar sekarang?

Ada rasa macam nak mengunyah sesuatu?

Terbayangkan sesuatu yang panas dan menyelerakan?

Hahaha.. ini dia saya hidangkan untuk anda.. jeng..jeng..jeng..
*
*
*
*
*


Sebenarnya, pagi tadi saya menonton tv dengan family... Masa tu semua orang dah sarapan pagi semua dah... perut dah terisi... saya pun picit la remote control.. kitaorg tgk cerita "Minah Karipap".. Macam menarik je tajuknya kan....

Ni la serba sedikit sinopsis cerita tersebut:

Minah Karipap - Mengisahkan Minah yang suka makan karipap. Setiap hari Minah akan membeli karipap dan makan karipap pagi dan petang. Sehinggakan di sekolah dia digelar Minah Karipap. Dia juga sering di buli oleh kawan-kawan sekolahnya. Melihat keadaannnya itu, Syafiq rakan sekelasnya telah mencadangkan kepada Cikgu Afiezah agar berbuat sesuatu memandangkan Minah tidak lagi minat belajar dan dia juga ada kekurangan ditahap IQ nya.


Haa... mcm tu la ceritanya...Cerita ni memang best untuk di tonton santai2 bersama family.. Memang pandai khairiah bawak watak budak perempuan yang rendah cket IQ nya.. tambahan pula minah ni memang terer bab2 merasa karipap.. dia tahu yang mana sedap..n yang mana tak sedap.. at last dia pun jadi usahawan jual karipap.. hahaha.... Alamak.. terbagitau ending citer ni plak...=).. patutnya bg korang tgk citer ni dulu.. mesti ada ulangan nnti kat astro...

Alkisahnya... cerita tu dah membuatkan semua orang nak makan karipap... dan xpasal2 aku kene pg menguli karipap lak ngan mak... hahaha...

Owh..x sempat snap gambar masa menguli...


Tengok tu... tangan yang sedang gigih mencanai tepung.... haiyakk....



Tadaa.... pandai tak saya kelim karipap? (ngada2 betul)..
ni tak pakai acuan tau... manual punya..
Hahaha.. Macam2 saiz dan bentuk ada..
mmm.. masih dalam latihan... kene banyak belajar ag..





Dah pun siap...
Disebabkan tengok cerita "Minah Karipap".. maka terhasil la karipap ni...
hihi..=)




Sedang saya dan mak syok membuat karipap kat dapur.. abah pun mencelah.

"esok kat tv main cerita ali si apam balik pulak"
"oh..yeke", jawab saya
"Aah.. so esok kita makan apam balik la pulak ek..."
"hahahaha" waktu ni baru saya tahu yang abah tengah perli kitaorang...


Oh.....
Ni la karipap punya cerita...
Ada lg satu entry nak update..
Tp bunyi katak bersahut-sahutan tu mengganggu konsentrasi la..(alasan...)

Till here ~~Daa..
Nyum..Nyumm.....(makan karipap)

Friday, December 3, 2010

:::Entry bergambar:::

Assalamualaikum w.b.t

1 Gambar ada 1001 cerita

Kadang-kadang kita tak perlu banyak bercerita... so tgk gambar je la kan..
Hihihi...=)



Adakah bila korang baca nota and buat assigment.. korang akan nampak macam yang saya nampak ni?
Ha? nampak? erm.... tak cukup fokus lagi nih.. hihi..


Adakah bila korang baring atas katil dan pandang kat syiling..
korang akan nampak macam ni?

Semuanya terawang-awang...

Rasa mcm nak capai..kutip2.. dan picit2...


Owh.. kenapa saya nampak tembikai ni lain macam jer...
Tak sanggup lak nak makan kalau mcm ni... nanti kalau makan 1, yang satu lagi akan tinggal keseorangan.. =(


xpe... makan je dua-dua... hahaha..


sedapp...(kejam sungguh)


Rasa tenang je bila pandang ke langit...



Wah... tengah menaip entry ni pun saya nampak keyboard saya mcm ni...

Ada ke button mcm ni kat keyboard korang?
Hihi...

Untuk apa button tu? ..mmmm...(sedang berpikir untuk kelentong)

Untuk order aiskrim... laaa.. betul la... tu kan ala2 lambang aiskrim walls..
tekan je.. pakcik aiskrim pun sampai...kling..klinggg..



Encik katak.. sila jangan ketawakan saya yer....

Saya tahu kamu tahu apa yang saya rasa sekarang ni... tapi diam2 sudah la...
biar pecah diperut..jangan pecah dimulut...
ok..jadi sila tutup mulut sekarang...



Amboi2..ajak geng gelak kan saya nampak...
*

*

*

*

Ikut korang la...

Mood: Terawang2
Duration: tak tahu la sampai bila

Parah kau ni...

Dah..tito.. babai u ollss...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...