Hi semua followers and silent readers..thanks for keep reading my blog.. =)
Tahun 2010 dah hampir melabuhkan tirainya...Pastinya sudah banyak perkara berlaku sepanjang tahun ni samaada suka atau pun duka..walaubagaimana pun itu semua akan tetap menjadi memori yang akan dikenang dalam lipatan sejarah hidup masing2....
[chewahh...ayat skema lak kan kat atas tuh.. hihi...]
Bagi hani, tahun 2010 ni begitu banyak kenangannya...Entry kali ni juz untuk imbas kembali, menyoroti peristiwa2 yang telah berlaku dalam hidup hani sepanjang tahun 2010 ni...
1. Tahun 2010 merupakan tahun akhir di universiti setelah 4 tahun belajar dengan bersungguh-sungguh.. (hahaha.. poyo...hani banyak main2 k...).. Ni la tahun yang menuntut kesabaran yang tinggi bila terpaksa mengorbankan masa dan tenaga sambil perah otak siapkan thesis bersama partner tersayang, Una... fuh... xley nak ingat rasanya...tapi itu la pengalaman yang cukup berharga...
2. Saya sudah grad pada bulan ogos 2010.. yeah...!! kali pertama naik pentas ambil ijazah.. hihi.. nak naik lagi lain kali boleh tak..???.. hihi...hopefully for master in a few years from now..
3. Kali pertama pergi interview kerja ngan SPA....hihi.nervous tak yah cakap la.. Dah la calon yang paling muda... ni memang satu pengalaman berharga buat hani.. dan alhamdulillah tak disangka2 hani dapat kerja tu...syukur Ya Allah..
4. Jika ada detik gembira, pasti ada detik dukanya.. sesekali hati ini diuji dengan hebat.. Andai penantian itu tiada penghujungnya.. hani redha dan yakin dengan ketentuan Ilahi.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
5. Tahun 2010 ni juga telah menyaksikan pertemuan hani dengan seorang rakan yang yang sudah terpisah hampir 7 tahun.. Besar sungguh rahmat Allah tu kan....sape dia?? hihi... [sila baca seterusnya]
6. Ramadhan tahun ni cukup bermakna buat hani.. bulan yang penuh keberkatan itu telah membuka hati ini, memberi petunjuk untuk menerima En. AD yang kini telah selamat dan officialnya menjadi tunangan hani....Sememangnya kisah cinta ini ibarat kisah novel yang tak pernah terlintas di fikiran hani.
7. Ini la tahun yang mencatatkan hani paling lama melepak kat rumah selepas 7 tahun tak berbuat demikian.. hahahaha....Penat dah jadi penganggur di rumah ni... otak semua dah beku.. harap2 hani masih pandai nak buat injection.. takut dah lupa.. hahaha.....
8. Kali pertama dalam sejarah hani berjaya turunkan berat badan... shyyy.... sikit je turunnya pun nak kepoh kan.. tapi selama ni sejak sekolah x pernah2 pun turun berat badan macam ni..Alhamdulillah.. program mengurangkan berat badan hani berjaya.. Tidak berlapar.. tiada ubatan.. hanyalah perlukan disiplin..ni semua gara2 takut tak padan baju tunang hari tu la.. haha...
Dah merepek2 dah hani.. ngee~~~
Sure ada banyak lagi yang boleh diimbas.. but cukup la sampai sini jer..
Apa2 pun... setahun dah hampir berlalu.. bertambah lagi setahun.. bertambah lagi umur selepas ni...
Selamat datang 2011... Berdebar2 bila pikirkan tahun depan ni.. Hani harap semuanya akan berjalan lancar.. dipermudahkan segalanya...Sama2 la kita memanfaatkan tahun baru ni dengan baik..Merancang sebaiknya, melakukan seeloknya..
Selamat datang 2011... Berdebar2 bila pikirkan tahun depan ni.. Hani harap semuanya akan berjalan lancar.. dipermudahkan segalanya...Sama2 la kita memanfaatkan tahun baru ni dengan baik..Merancang sebaiknya, melakukan seeloknya..
Till here~~
Thanks for reading...
-Mahani Mahadi-
No comments:
Post a Comment