Wednesday, December 29, 2010

:::Up side Down, Begin my 1st step::


Assalamulaikum w.b.t..

Hi semua followers and silent readers...

Hujan kat paka ni nampaknya macam susah jer nak berhenti.. turun mencurah terus menerus..
Sejuknya.... Pekena sup ayam panas2 ni.. macam best.. masyukkk... huhu.. =)

Walaubagaimana pun, kebekuan dan kesejukan ni nampaknya takkan lama buat hani.. Dah kena start and panaskan enjin semula untuk menempuh hidup baru di tahun 2011 nanti... Bila dikira.. dicongak semuanya.. agak lama gak hani memegang status "SRSM" yang berjaya ni...

Oh.. SRSM tu stand for suri rumah sepenuh masa... hahaha.. tapi tak bertauliah.. sebab belum disahkan oleh tok kadi lagi... *gatal...ngee~~

Jadi hani duduk jela kat rumah ni menuntut ilmu masakan daripada mak yang tercinta kan3.... Tambahan pula ni la kali pertama melepak kat rumah dalam jangka masa yang lama selepas 7 tahun tak buat macam tu.... Dulu start bila masuk asrama penuh jer, mana ada masa nak duduk lepak lama2 macam ni kat rumah kan?

Hidup ni ada waktu lapang.. ada waktu sempit...
Ada waktu senang.. ada waktu susah..
Ada waktu suka.. dan ada wkatu duka...
Tak ada yang statik...
Semuanya terpulang kepada kita untuk memanfaatkan segalanya dengan baik atau tak...

Kalau sebelum ni hani asyik buzy study bertahun2... Allah dah bagi kelapangan untuk beberapa bulan ni untuk hani habiskan masa bersama keluarga di rumah...
Dan sekarang.. mungkin episod "buzy" akan bermula semula selepas hani lapor diri untuk berkerja 3 Januari ni... Hani harap mereka luluskan tempat yang hani mohon tu... Aminn... ( aminn la sama2...hihi.. thanks...)

Bersediakah aku untuk mula bekerja?
Bersediakah untuk belajar tanggung diri sendiri? (hihihi.. sebelum ni JPA ngan mak abah support kan....)
Bersediakah untuk jadi DEWASA? (Masih terasa muda lagi... perasan sungguh.. )




Setiap apa yang dilalui pasti bermula dengan langkah pertama kan??

Walaupun jauh lagi pendakian ni.. Tabahkan lah hati untuk mengharungi semuanya..
Hanya yang cekal akan sampai ke destinasi yang diimpikan.. =)


Doakan hani ye...

Till here ~~~Thanks for reading...





1 comment:

Anonymous said...

buat sy lg bersemangat nk belajar..thx for motivation ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...