Assalamulaikum w.b.t.
Hi semua....
Hari ni macam hari yang kurang 'produktif' buat hani..kenapa?
Hujan turun tak berhenti daripada pagi tadi... Rasa hati macam nak 'berbungkus' jer..
Alamak.. anak dara mana boleh "bungkus" tengah2 hari ni... hihi....=P
Alangkah bestnya dapat makan lempeng "nyor" sejuk2 macam ni... nyum2.. sedapnya...
* nyor = kelapa
* bungkus=selimut
Ok..tajuk hari macam agak personal cket... tapi ntah kenapa tetibe je teringat zaman kanak2 dulu... korang pun mesti ada perkara pelik or nakal yang korang buat masa kecik2 kan.. bila pikirkan semula..
" apasal la aku buat macam tu dulu"..
Tu la.. waktu tu akal ibarat putik jagung... main buat je semua benda.. tak fikirkan sangat akibatnya... tapi itulah proses pembesaran namanya.. sekurang2nya kita ada memory masa kecil yang boleh kita kenang dan gelak2..kan3...
Ni la antara perkara PELIK yang hani tak boleh lupa semasa hani kecil...
(Kids Don't Try This At Home.. ngeee~~)
1. Hani dan sepupu2 hani "ter"pecahkan telur yang ada anak ayam yang dah mati.. disebabkan takut kena marah dengan tok.. kami gantung bangkai anak ayam tu atas pokok..dengan harapan takkan dikesan..(kenapa kami pilih atas pokok ek???) seminggu tok kami mencari mana datangnya bau busuk kat kawasan rumah... (tu sebab bangkai yang kami gantung atas pokok tu la...)
2. Hani dan sepupu2 hani panjat pokok cermai kat belakang rumah hani.. kami dapat kumpul seplastik besar buah cermai dan jual kat kedai dengan harga RM2... Happy sangat masa tu biar pun cuma RM2...budak2 kan.. mak hani konfius tengok buah cermai belakang rumah semua hilang tetibe... tak lama selepas tu baru kami bukak mulut cerita hal sebenar...
3. Hani dulu suka menyanyi.. (sekarang pun sama daa.. huhu)... Hani akan susun semua anak2 patung dan bear kat kerusi.. kemudian hani akan berlagak macam penyanyi buat persembahan... nasib baik semua anak patung n bear tu tak boleh bercakap.. kalau tak mesti diorang suruh hani berhenti nyanyi.. hahaha.. disaster sangat suara ni...Bapak hani cakap masa tengah nyanyi tu hani ada cakap..
" lagu ini saya tujukan khas buat kekasih saya".. sambil tunjuk kat bear warna coklat yang paling besar...
Hahaha.. masa tu baru 5 tahun kot.. dah ada kekasih?.. pengaruh filem betul laaa..
4. Dulu hani ada anak patung barbie.. cantik sangat.. hani suka sangat main ngan dia... waktu tu ada cerita disney mermaid tayang kat tv tau.. disebabkan hani xboleh beli anak patung mermaid... hani pun sarungkan stoking kat kaki barbie tu... haa.. dah jadi macam mermaid kan?... hari2 main dalam toilet... rendam cik barbie dalam baldi.. sampai satu malam tu mak dengar suara dari dalam toilet cakap "lemas..lemas..".. lepas pada hari tu.. hani tak main dah dengan barbie tu.. seram kan...
5. Dulu hani memang ada cita2 nak jadi pembaca berita.. so memang suka tengok berita pukul 8 malam tu semata2 nak tiru cara diorang bercakap... hahaha.. ada ke budak2 suka tengok berita?
6. Ni salah satu cerita yang mak hani ceritakan semula kat hani.. coz masa tu hani kecik lagi.. x berapa ingat sangat... masa tu hani dapat basikal pertama hani.. warna hitam.. wah.. suka sangat masa tu.. abah beli basikal tu kat dungun.. hani pun ikut masa tu.. lepas beli basikal.. abah dan mak singgah kat pasar dungun tu nak beli barang.. tak pasal2 hani nak main basikal baru kat situ jugak... adoi...excited terlebih la ni.. terpaksa la mak and abah teman hani main basikal kat tempat parking kereta kat pasar tu.. tak malu betul.. suma orang tgk...
7. Korang pernah main khemah2 dalam rumah tak?.. haha.. yang ni memang best.. dulu ada kerusi rotan yang kusyennya boleh tanggalkan satu2 tu kan.. hani ngan adik ambik kusyen tu then susun2 kat ruang tamu.. kami ambik tikar buat jadi atap.. then ambik lampu suluh, makanan semua bawak masuk kat dalam "khemah" tu.. hihi.. seronok.. siap tito kat situ lagi... tapi mak mesti bising.. sebab lepas tu kami malas kemas... hahaha...
Owh.. ini la dia "skandal" semasa kecil..
Actually.. ni cousin hani... kami sebaya..
(Apasal muka hani tercengang gitu?)
Actually.. ni cousin hani... kami sebaya..
(Apasal muka hani tercengang gitu?)
Hahaha...ok la... banyak lak menaip kali ni....
Till here~~~
Thanks for reading.. =)
No comments:
Post a Comment