Monday, October 8, 2012

::Mengimbau kisah MM & AA ::

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera..apa khabar semua...

Hari ni dah 38 hari hani berpantang.. wah!!! x lama dah nak merdeka ni... hakikatnya.. mak hani dah bising2 dah sebab hani berlagak macam orang lepas pantang dah ... hani kata kat mak.. hani pantang 30 hari je... hihihi.. marah tul mak... hahaha...bila dah cukup sebulan berpantang hari tu.. hani dah bermalas-malasan nak teruskan rutin pantang... aduhai.. bila la dapat keluar and bershopping ni.. hahaha.. teruk kan hani...

Apabila setiap hari menatap wajah Amni.. hani x sangka cepatnya masa berlalu.. 
hani kini sudah menjadi ibu.. 
terasa baru sahaja hani grad dari UKM...
terasa baru semalam bersanding dengan Mr. AD.. hihihi... 
kesimpulannya.. 
Dengan kehadiran Amni, hani terasa hani dah tua...ops!! mungkin lebih sesuai jika dipanggil sudah matang atau sudah memasuki alam dewasa pertengahan... I'm just 25 ok.. 

~kesayanganku~

November ni akan genaplah setahun perkahwinan hani dan Mr.AD.. and yang specialnya kami akan menyambutnya dengan kehadiran "orang baru"... x sangka cepat betul segalanya berlaku..

Mengimbau kembali kenangan MM dan AA.. 
itulah kami.. Mahani Mahadi dan Adlan Abdul..
Hani x pernah story pun kisah kami kan.. 

~Buku tetamu kami~

 Mr.AD ialah kenalan hani semasa hani di sekolah menengah harian di paka.. masa tu hani form 2 dan kami sama-sama menjadi pengawas sekolah.. Mr.AD ni budak sukan... semua sukan dia main and he's very good and talented .. hani pulak lebih kepada akademik.. bajet budak pandai la nih.. hahaha..sukan x reti langsung...huhu.. 

Biasalah kan.. masa sekolah mesti ada cinta cintun monyet ni.. dipendekkan cerita, hani pernah couple dengan Mr. AD  tapi cuma 2 minggu...(budak2 memang macam tu)..Mr. AD cakap dia memang betul2 sukakan hani..memang nampak dia serious..tapi hani tidak.. hani couple sebab ramai yang gossipkan kami.. teruknya hani.. bila fikir pasal tu hani mesti sedih dan rasa bersalah..sampai sekarang tau...

Berkat usaha hani, masa form 3 hani dapat 8A and dapat pergi ke sekolah sains.. dan waktu tu berpisahlah hani dan Mr.AD.. hani pergi tak ucap sepatah kata pun kepada dia...kejam kan...Mr. AD pula selepas tu masuk ke sekolah tentera..

Masa hani kat sekolah sains tu hani pernah terima sepucuk surat dari dia.. tapi hani x balas pun.. lagi sekali hani kejam.. bukan apa.. masa tu hani x fikir nak serious bercinta pun.

After SPM hani melanjutkan pelajaran ke matrikulasi pahang, ntah macam mana Mr.AD boleh dapat no hp hani.. dia ada call .. tapi hani layan macam tu jer.. sampai la hani tukar no hp..kami terus lost contact... mak pernah beritahu yang Mr.AD ada call kat rumah mintak no hp hani.. tapi mak tak kasi sebab hani dah pesan jangan beritahu...

hampir 5 tahun kami lost contact... hani x pernah terfikir pun pasal dia dan ditakdirkan Allah pada suatu malam hani termimpikan dia..masa tu hani tahun dua di universiti.. hani pun xtahu apa alamat yang Allah nak bagi pada hani.. sejak daripada hari tu timbul rasa bersalah hani pada Mr.Ad.. hani rasa hani x patut buat dia macam tu dulu..hani ingat lagi, lepas hani mimpikan dia.. hani berdoa semoga hani dipertemukan dengan dia kembali walaupun hani rasa macam mustahil jer.. hani cuba cari dia melalui friendster, facebook dan tanya kawan2.. ada yang kata Mr.AD dah kawin. (kawan dia sengaja tipu hani tapi masa tu hani ingat betul).. jauh kat sudut hati hani.. hani kecewa.. ntah la kenapa..

2 tahun berlalu dan hani pun tinggal sebulan lagi nak grad dari UKM..
pada suatu pagi hani dapat satu friend request melalui facebook... "Adlan Abdul"...
terkesima seketika.. hani terus accept... kat situ hani tengok hani merupakan 1st kawan dia.. baru buat facebook rupanya...kuasa Allah.. bertahun2 kami berpisah.. akhirnya hari tu kami berjumpa kembali..

Mr.AD pernah cerita pada hani.. pagi tu.. bila dia bangun tido jer.. hatinya tergerak untuk buka account facebook dan dia cari nama mahani mahadi..sebab tu la hani jadi kawan pertama dia..

Sejak dari hari tu.. kami kembali rapat..macam2 dugaan bila hani nak bersama dia kembali..tapi mungkin sudah jodoh.. kami tetap bersama.. 3 bulan selepas tu kami mengikat tali pertunangan.. cepat kan..hani pun  x sangka secepat tu..namun semuanya dipermudahkan..Alhamdulillah..






Kami xde gambar masa dating.. 
Kami xde gambar pergi jalan2 masa bercinta..
Kami xde tu semua..
Kami xde kenangan tu kerana kami x melalui semua tu...
Kerana kami berpisah terlalu lama...
Tapi semua tu kami tebus kembali selepas berkahwin..
Mungkin kami ditakdirkan bercinta dan melalui semua tu selepas berumahtangga..
Terasa lebih manis dan bermakna...

Ni sajak yang hani nukil semasa hani bertemu Mr.AD semula dulu.. hani pernah post pada entry ini suatu masa dulu..originally created by me..(tapi hani pernah terlihat sajak ni pada blog org lain...copy without permission.. adoiii)..


Bila saya fikir tentang awak
saya rasa saya kembali ke zaman kanak-kanak
Buat saya teringat baju biru dan masa nakal
waktu membesar dan semua orang pun gatal-gatal
Bila jalan pun kaki nak bersimpang
sebab malu orang asyik memandang

Bila saya fikir tentang awak
saya rasa seperti hujan rintik-rintik jatuh pada wajah saya
Seperti airmata yang tak berseka
Saat awak tiada..saya juga tiada..
Tak tahu kita dimana
Tapi yang pasti, awak tak pernah hilang di hati saya

Bila saya fikir tentang awak
saya rasa besarnya limpahan rahmat dari DIA
Buat saya percaya takdir itu tetap disitu.. takkan kemana
Mengajar saya erti redha dan menerima
Yang hidup ini memang susah untuk dijangka
Perlu sentiasa bersedia untuk kemungkinan yang ada

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa mahu bermain dengan masa
main,undur dan kadang-kadang henti
supaya saya boleh ulang berkali-kali
saat awak bicara
membahagiakan hati saya

TAPI

KADANG-KADANG

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa takut berangan jauh lagi
bimbang awak hanya ada sekejap untuk saya
bukan untuk selamanya
tapi saya percaya bila awak kata
"saya akan cuba yang terbaik untuk kita"
jadi saya tutup mata dan berdoa
"Tuhan, Kurniakanlah dia kepada saya"


till here.. bye-bye..



Sunday, October 7, 2012

Rentetan Pengalaman Bersalin Saya (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t.
Hi semua...

sambungan dari Part 1..
~~~ part yang ni panjang sikit... kalau sanggup boleh baca... :-)))

31 Ogos 2012

Pagi tu bila hani terjaga dari tido terus je ingat pasal bersalin... tangan hani pun meraba-raba atas katil .....
ermmmm.... xde basah pape pun.. xde tanda lagi.. "bila nak bersalin ni..semalam sakit macam dah nak bersalin..." ada sedikit rasa kecewa di situ...

Hani pun bangun la nak pergi toilet... mak buyung bila nak bergerak turun katil memang  seksa sikit...kena step by step...mengiring dulu...turun kaki satu persatu...aduhai...bila hani mula bergerak jer.. ada sesuatu yang panas dan basah.. macam air paip jer lajunya... alamak...!! ambik kau.. tadi kecewa.. sekarang dah takut plak... hahaha...

Tangan hani pun rasa katil.. alamak... basah.. banyak plak tu...air ketuban dah pecah ni... Masa tu hani x tahu nak gembira ke nak takut...

Hani pun bangun dari katil... makin banyak air  keluar.. habis basah semua baju tido hani...
Mr. AD masih lagi nyenyak di sebelah... Hani pun kejutkan dia...
"Abg.. syg rasa syg nak bersalin dah ni... air dah keluar...."
Mr. AD pun bangun tanpa sepatah kata dan pergi kejutkan mak... huhuhu....terkejut agaknya..laju je bangun..

Mak dan abah pun datang ke bilik hani.. semua macam kelam kabut dan nervous jer..
Hani suruh Mr. AD mandi dah bersiap dulu.. yela.. xkan nak pergi hospital x mandi kan.. lagi pun hani x rasa sakit pun lagi...  so hani suruh semua org cool down je dulu..

Memandang ni pengalaman pertama.. hani risau sangat pasal air ketuban hani.. banyak sangat keluar.. jalan sikit je.. keluar mencurah-curah.." ish.. habis nanti air ketuban aku..". hahahaha.. kenapa la hani fikir macam tu...Mr. AD dah siap2 lapik kusyen kereta dengan kertas surat khabar dan plastik... hihihihi...

Masa dalam kereta, hani cakap dekat mak yang hani lapar... nanti sebelum masuk labor room nak makan roti gardenia dulu...lapar sangat ni... yela.. takut nanti xde tenaga plak nak meneran...air pun hani lupa nak minum kat rumah tadi..

Mr. AD buat signal lampu kecemasan.. alhamdulillah.. perjalanan smooth je pagi tu.. kenderaan lain semua bagi jalan...laju la jugak Mr. AD bawak kereta...huhuhu.. Ada hikmah hani nak bersalin pagi ni... jalan x banyak kenderaan because hari cuti....

 Masa dalam kereta tu perut dan pinggang hani mula sakit... rasanya mcm sakit nak period tapi x teruk... sakitnya biasa-biasa jer so hani masih lagi boleh tahan..

Jam 8.30 hani tiba di hospital kemaman... baju dan kain batik hani dah mula lencun (basah yang teramat sangat...) Hani pun masuk ke bilik saringan wad bersalin...Jalan pun terkepit-kepit sebab taknak air ketuban keluar banyak...Hati pun dah mula berdebar2 sebab dah tahu apa akan dilakukan oleh nurse dah doktor nanti kat bilik saringan tu.. confirm diorang akan buat VE (vagina examination) untuk check bukaan rahim... hani memang takut bila dengar VE..nak tahu kenapa? nanti kat bawah hani cerita... wawawa....Nasib baik la nurse kat situ sambut hani dengan senyuman.. cakap pun baik jer...hilang sikit rasa takut...

Di bilik saringan, doktor ngan nurse mula interview n tanya macam2 soalan.. bila diorang tahu hani ni pengajar jururawat jer.. terus semua soalan diorang tanya dalam medical term... nasib baik hani tahu jugak pasal kebidanan sikit2 walaupun belum pergi kursus kebidanan lagi.. hihi..

Selepas interview, doktor pun nak check bukaan rahim.. alamak..dia nak buat VE...Hani pun cakap dalam hati... relaks...relaks..relaks....1st time kene VE.. adusss.. sakit.... maybe bagi orang lain tak sakit.. tapi untuk hani sakit... hani tengok muka doktor tu.. dia macam confuse.. hani dah agak dah... hani pun cakap kat dia.. "doktor x dapat rasa bukaan rahim saya ek?....kedudukannya ke bawah dan kedalam sikit...saya dah check sendiri.. memang susah nak rasa"... doktor tu balas.. " Aaah la... memang susah nak rasa.. kedudukan rahim awak ni tinggi sikit.nasib baik awak cakap...saya memang susah nak rasa.. Saya rasa dah 4 cm bukaan rahim awak ni..."

Selepas buat VE, diorang pasang CTG untuk lihat kontraksi dan jantung baby... masa tu perut hani makin kerap mengeras...tapi hani masih boleh tahan lagi.. sampai siap tertidur dalam bilik saringan tu sebab bosan... lepas tu nurse datang bagi enema (ubat untuk rangsang pembuangan najis)... " awak mesti tahu macam mana nak guna kan... awak kan nurse jugak..." tersipu2 hani bila nurse tu cakap mcm tu... Mak selalu pesan... jgn teran bila buang air besar.. takut terberanak nanti dalam toilet... huhuhuhu..takut..

Bila dah selesai suma, diorang suruh hani tukar baju dan masuk bilik bersalin...masa tu hani dengar ada perempuan tengah menjerit nak bersalin.. kecut la plak perut bila dengar mcm tu... bila dah masuk bilik bersalin, nurse kat dalam tu nak buat VE sekali lg... nurse pertama x dapat rasa bukaan rahim hani... doktor perempuan pun try.. x dapat jugak... dia panggil doktor seorang lg... br la dapat rasa tapi still confuse.. last2 ada nurse lain datang.. n dia berjaya check ...adussss.... susahnya nak check bukaan rahim aku ni....

Masa tu jam menunjukkan pukul 12 tengahari...selepas dah selesai  buat VE, diorang pasang CTG dan tinggalkan hani sorang2 kat bilik bersalin tu... aduhai... mula la hani rasa bosan sampai tidur-bangun-tidur-bangun banyak kali... tekak dah rasa kering sangat2.. yela hani x minum.. x makan lagi hari tu...

Sampai jam 2.30 petang... hani masih lagi x rasa sakit yang kuat... tu yang boleh tidur lagi tu...
x lama lepas tu, Mr.AD masuk teman kan hani.. dia  ingat nurse panggil dia masuk sebab hani dah nak bersalin dah.. rupanya belum lagi...hihihihi..

Hani cakap kat Mr.AD yang hani tersangat dahaga...tapi nurse tak bagi hani minum pape... diorang cakap hani kene puasa...mulut dan bibir hani semua dah kering... tenaga pun xde sebab x makan pape...ntah macam mana hani boleh buat satu permintaan kat Mr. AD.. Hani mintak Mr. AD ambik sikit air dari paip sinki guna tangan dia.. dan basahkan sikit mulut and bibir hani... boleh la jugak hani minum beberapa titik.... Ya Allah.. sampai mcm tu sekali dahaganya hani... bila ingat semula.. macam mana la hani sanggup minum air paip masa tu... huhuhuhu....

Masa lambat je berlalu masa kat bilik bersalin tu... nurse dah mula bagi ubat Pitocin (macam hormon oksitosin jugak..untuk mempercepatkan kontraksi).. selepas tu baru la hani mula rasa sakit yang kuat.... satu injection Pethidine (ubat tahan sakit) diberi untuk kawal rasa sakit hani.. padahnya.. hani asyik menguap jer...ngantuk sangat2..Mr.AD cakap hani macam orang khayal lepas dapat injection tu... 

Jam 4.30.. Hani dah sakit yang teramat sangat dah.. Masa tu Mr. AD suruh hani pegang tangan dia... tapi hani xnak... bukan apa.. takut lebam je nanti.. tak pun kene cengkam sampai luka sebab masa tu hani sakit sangat.. hihihi... so hani pegang je besi penghadang tepi katil tu sambil baca ayat-ayat untuk dipermudahkan bersalin... Ya Allah.. masa tu baru hani tahu.. sakitnya nak bersalin.. ada rasa macam sesuatu yang keluar dan tak boleh ditahan2 lagi... Hani terus panggil nurse dan cakap hani dah nak bersalin.. bila nurse check bukaan rahim.. dan fully open... so bermula episod teran meneran selepas tu...

Bila cakap bab meneran ni... orang kata practise make perfect.. tapi hani dah praktis senaman pernafasan dan teknik meneran.. tetap jugak fail masa nak meneran tu... adusss... x cukup panjang nafas hani.. itu yang baby asyik kuar- masuk-kuar-masuk jer... hani masih ingat lagi waktu genting nak bersalin tu.. Mr.AD bagi semangat suruh hani teran lama-lama.. dia siap cakap " kepala baby nampak dah tu.. teran kuat lagi..." ... semangat betul laki aku...Nurse terpaksa bagi pressure sikit kat perut hani untuk bantu keluarkan baby... hani dapat lihat masa tu baby keluar macam meloncat jer.. laju sangat...takdenya keluar step by step.. kepala dulu.. pastu tangan.. baru badan... sekaligus baby hani keluar...

takde apa yang dapat dikatakan selain "Alhamdulillah" dan linangan airmata bila dengar baby menangis  selepas bersalin tu... Mr. AD cakap kat telinga hani.. "Anak kita perempuan sayang"...  satu ciuman penuh makna singgah di dahi hani masa tu.. Syukur Ya Allah...aku dah jadi ibu...

Bila nurse letak baby atas perut hani.. baby pun terus diam....hani tengok mata dia berkelip2... Mr.AD terus iqamahkan baby.. syahdu sangat masa tu...

Selepas tu jam 9 malam baru la hani dipindahkan ke wad posnatal..lama gila diorang peram hani dalam bilik bersalin.. padahal hani bersalin pukul 5... diorang siap jahit luka pukul 7 malam...2 jam hani terkebil-kebil dalam bilik bersalin tu.. adoiii.. dah la lapar.. diorang bagi nasi lauk sup ayam... dalam kepala hani masa tu nak makan roti jer.. tak lalu nak makan nasi...disebabkan dahaga sangat... 3 gelas hani minum air lepas bersalin tu... diorang bagi segelas air milo.. hani request lagi 2 gelas air masak.. hahaha.. nak buat macam mana.. dah dahaga sangat...kalau ada sebotol... sebotol besar pun habis rasanya...

Disebabkan  baby hani lahir 31 Ogos 2012 ---- anak merdeka ni.... so pihak hospital ada bagi gift sikit.. suka2 :-)))... malam tu hani tak tidur mana pun sebab rasa sakit lagi kat tempat jahitan.. aduss... seksa rasanya nak bergerak...kena hati2..alhamdulillah.. keesokkannya hani dan baby boleh keluar hospital sebab baby dah buang air kecil dan besar..hani je yang pitam 2 kali malam tu.. nasib baik tak jatuh sorang2 dalam toilet... 

Apa pun, hani bersyukur ke hadrat Allah s.w.t di atas semua kemudahan yang diberikanNya...
Ini yang terlintas di fikiran hani :

1. Hani syukur sebab hani tak sakit lama.. hani pernah dengar orang lain ada yang sakit teruk sampai berjam2... alhamdulillah hani sakit teruk setengah jam jer...

2. Perjalanan ke hospital sangat smooth dan mudah...semua kereta bagi laluan dan bertimbang rasa..

3.Hani dapat bersalin disamping Mr.AD.. tu harapan hani.. kalau ikutkan Mr. AD x balik lagi 31 Ogos tu.. tapi takdir Allah.. Mr. AD dapat balik jugak..Hani nak dia lihat susah payah hani nak melahirkan zuriat dia.. tu tanda hani sayangkan dia... :-)

4. Hani mengandung 9 bulan seorang diri di perlis.. Mr. AD dapat balik hujung minggu jer.. tapi Alhamdulillah.. sepanjang mengandung hani kuat dan sihat..

5. Baby amni jadi anak merdeka.. nanti senang nak sambut birthday sebab 31 Ogos kan cuti umum.. hihihi

6. Hani bersalin selepas raya... hihihi.. masa raya hari tu dah makan puas2.. so tak la rasa terkilan masa berpantang.... hahahaha.. teruk betul hani..

7.Hani gembira dapat rasa kesakitan dan kesusahan melahirkan anak.. tu memang impian hani.. huhuhu.. Impian??? ye.. memang impian hani...rasa puas sangat2.. ntah la kenapa...

8. Alhamdulillah untuk segalanya.... :-)

~~~ minta maaf.. cerita terlalu panjang....hihi...thanks for reading..


Rindu perut masa ni...














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...