Saturday, September 25, 2010

Kisah novel hidup saya..

Assalamualaikum w.b.t.

Apa kabar semua...
Agak lama hamba x updated blog ni kan.. buzy la konon.. padahal ada je kat rumah ni.. =)
Sebenarnya dah banyak kali aku buat entry.. tapi last2.. bila baca2 semula.. rasa macam x sesuai untuk di post kan.. tu la blog ni menyepi jer buat sebulan kebelakangan nih... betul... Sumpah... Saya x MALAS... (^_~)

Dulu kan saya pernah cakap... blog ni memang tempat saya berkongsi pendapat dan segala apa yang saya rasa.. namun, batasnya tetap ada.. tu la saya tapis dulu entry2 saya.. bukan kerana x percayakan kamu semua.. tapi kerana nak mengelakkan perkara2 yang tak diingini dan salah tafsiran oleh orang lain kat luar sana...

namun, kali ni hati saya berkobar2... kalau boleh lihat siap ada ombak laut lagi nih dalam hati nih.. nak jugak berkongsi entry kali nih dengan kamu semua..

kalau omputih kata, ibaratnya ada seekor rama-rama di dalam perut saya sekarang ( butterfly in my stomach)... perasaan nervous dan berdebar-debar datang menyelubungi diri saya.... dan perasaan nervous nih x sama langsung dengan nervous nak amik exam spm dulu... x sama dengan nervous tunggu result tahun akhir baru2 nih... x sama langsung dengan nervous berdiri kat tepi stage nak amik ijazah.. nervous nak melangkah ke alam baru nih memang saya x pernah rasa lagi... huhuhuhu...alam apa?? haha.. mesti korang tengah meneka-neka kan.. teruskan meneka ok.. hahaha..

Sesiapa yang baca entry saya sebelum nih mesti dah boleh agak2 kan... "Bila saya fikir tentang awak.. saya rasa.."

erm... puisi tuh aku karang sendiri tengah pepagi buta yang sejuk tuh... spontan jer suma tuh kuar..tapi memang khas untuk dia..

Ada yang menyuarakan pada saya.. "cepatnya mahani?...x sangka begitu cepat.."

saya terdiam jer bila ada yang ajukan pertanyaan begitu pada saya... hati saya mampu menjawab.. namun saya bimbang orang lain x mampu memahaminya.. jadi saya diamkan saje.. cuma saya dan dia saje yang tahu kenapa ini suma terjadi begitu pantas..

Saya percaya Allah itu Maha Adil.. bila DIA berikan kesedihan dan dugaan.. DIA tahu kita boleh menghadapinya.. dengan syarat kita punya kesabaran dan percaya pada takdirNYA... Setiap apa yang kita lalui x kira lah baik atau buruk.. adalah bekalan untuk kita menemui kebahagiaan yang kita cari.. Ya.. memang sakit... dan pengalaman itu lah yang akan kita guna pakai untuk bentuk diri kita dengan lebih baik...

Di saat saya sedih, saya dikurniakan satu anugerah yang tak ternilai harganya.. memang tak tergambar oleh perasaan.. hingga kadang2 saya rasa ia bagaikan mustahil untuk berlaku dalam hidup saya.. namun ia adalah realiti yang saya hadapi kini... dia hadir untuk saya..

Bagaikan sebuah kisah fairytale yang akhirnya ada..."so finally.. the lived happily ever after..." hihihi... atau mungkin sebuah kisah novel remaja yang banyak fantasi dan dongeng... namun memang benar... tiada yang mustahil dalam hidup ini... jika itu takdirNYA... ia berlaku tanpa kita duga.. sungguh...tak terduga... Inilah kisah novel hidup saya...

Thanks to Allah for sending you to me
Thanks to Allah for opened my eyes
To see something that i don't see before

-------------------------------------------------------------------------------------------
Wokeyyy..... sangat jiwang entry kali nih... hakhak..
macam la entry2 sebelum nih x jiwang kan...hahaha.. dah memang jiwa empunya blog ni sangat la lembut..nak buat macam mana...berlakon nak rock pun x jadi...

okie... c u in next entry..

[mahani mahadi]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...