Saturday, September 4, 2010

Bila Saya Fikir Tentang AWAK.. Saya Rasa...

Bila saya fikir tentang awak
saya rasa saya kembali ke zaman kanak-kanak
Buat saya teringat baju biru dan masa nakal
waktu membesar dan semua orang pun gatal-gatal
Bila jalan pun kaki nak bersimpang
sebab malu orang asyik memandang

Bila saya fikir tentang awak
saya rasa seperti hujan rintik-rintik jatuh pada wajah saya
Seperti airmata yang tak berseka
Saat awak tiada..saya juga tiada..
Tak tahu kita dimana
Tapi yang pasti, awak tak pernah hilang di hati saya

Bila saya fikir tentang awak
saya rasa besarnya limpahan rahmat dari DIA
Buat saya percaya takdir itu tetap disitu.. takkan kemana
Mengajar saya erti redha dan menerima
Yang hidup ini memang susah untuk dijangka
Perlu sentiasa bersedia untuk kemungkinan yang ada

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa mahu bermain dengan masa
main,undur dan kadang-kadang henti
supaya saya boleh ulang berkali-kali
saat awak bicara
membahagiakan hati saya

TAPI

KADANG-KADANG

Bila saya fikir tentang awak
Saya rasa takut berangan jauh lagi
bimbang awak hanya ada sekejap untuk saya
bukan untuk selamanya
tapi saya percaya bila awak kata
"saya akan cuba yang terbaik untuk kita"
jadi saya tutup mata dan berdoa
"Tuhan, Kurniakanlah dia kepada saya"


Bila waktu pagi sejuk-sejuk,
Saya mula berfikir dan mengarang,
~Mahani Mahadi~



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...