Assalamulaikum w.b.t..
Hmmmm..... mengapa tajuk kali nih "REZEKI" yek...
Bagaimana pula dengan quote ni... "Rezeki yang CUKUP Vs Rezeki yang TIDAK CUKUP2"
Bercakap mengenai perkara nih... terasa kecil pulak.. yela.. saya nih bukan uztazah mahupun seorang yang pandai dalam bab nih.. namun keinginan ni memberontak untuk berkongsi apa yang saya rasa...
semuanya bermula apabila abah bertanya kepada saya.. jika saya ditakdirkan dilamar seorang pemuda yang tidak kaya.. bekerja biasa sahaja... tidak berpangkat tinggi.. namun dia baik dan beragama...adakah saya menerimanya???
saya terdiam tanpa jawapan...
Yer...jika soalan ini diajukan kepada anda.. mungkin ramai yang akan menjawab "YA" dan mungkin ramai juga menjawab "TIDAK"
Realiti kehidupan sekarang sememangnya menuntut kita memandang wang sebagai satu keperluan hidup.. tak dinafikan bukan...kita pun kene berusaha untuk mencari wang demi meneruskan kelangsungan hidup seharian...
Ada yang berkata " susah2 saya sekolahkan anak saya tinggi2... menjaganya bagai menatang minyak yang penuh...xkan la saya sanggup biarkan dia hidup susah bila berkahwin nanti"
Ya...keluarga mana yang sanggup melihat anak kesayangannya hidup susah... xdela sampai xley makan kan... cuma mungkin x mewah mana la...
Tapi saya tertarik bila abah kata "Banyak wang tak semestinya kaya...ada banyak wang tak semestinya bahagia..belum tentu lagi kebahagiaan tu kan dikecapi..kalau sekarang dia tak kaya.. x semestinya hidupnya tak berubah..macam tu saja bila hidup bersama nanti...dan yang kaya itu, tak semestinya senang sentiasa.kerana hidup senang ini terlalu subjektif maksudnya..hidup sederhana juga boleh dikatakan hidup senang..janji hatinya tenang dan lapang.."
Dalam..dalam...menusuk..masuk ke dalam hati... setiap kata2 bermain2 di pikiran...
sesungguhnya kita manusia biasa yang tidak tahu rahsia masa depan..kita cuma dikurniakan akal untuk membandingkan baik dan buruknya keputusan kita itu...
sepotong artikel dari majalah solusi saya selitkan disini..
katanya... dalam soal rezeki bukan soal banyak atau sedikit sahaja yang harus dipertimbangkan.. tetapi sama ada berkat atau tidak... kalu rezeki sudah berkat.. sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. berbanding dengan rezeki yang hilang berkatnya, sedikit tidak mencukupi, banyaknya tidak puas.
Ada orang berpendapatannya kecil sahaja, tetapi oleh kerana berkatnya, hidupnya terarah, anak-anaknya baik, isterinya solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya..
Ada pula si kaya yang wangnya melimpah ruah namun "kaya" juga dengan masalah. Isteri melawan cakap, anak-anak liar, para pekerjanya menipu, orang gajinya sering lari dan seribu satu lagi masalah hidup. Dan anehnya kekadang duitnya dirasakan tidak pernah cukup-cukup..
........................................................................................................................................................................
Apa jua pilihan adalah terpulang pada diri sendiri... untuk membandingkan yanga mana yang baik dan yang mana pula yang tidak baik...
sesungguhnya setiap yang ditakdirkan itu, sama ada baik atau tidak pasti menyimpan hikmahnya yang tersendiri.. terpulang pada kita bagaimana untuk menghadapinya...
Mahani Mahadi
No comments:
Post a Comment