Monday, January 25, 2010

Senyum Dari Hati..Penawar Duka Lara..

Assalamualaikum w.b.t..

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...




Mesti suma orang pernah dengar lagu ni kan? Ni lagu lama..masa kecik2 dulu selalu ada kat TV..n aku mesti nyanyi sekali..suka lagu ni..

Senyum tu satu kuasa..Senyum juga ibarat lukisan dari hati kita..maksudnya kalo kita senyum, hati kita pun senyum la kan..tapi kalo senyum buat2 camner?? Bak kata Dr Hamidah " kalo nak senyum, senyum jgn nmpak gigi tapi sampai mata tutup..."

hihi...comelnya...:-))

Setiap kali aku berjalan nak g kelas pagi2..aku mesti akan cuma cuba untuk senyum..senyum lat org dalam lif..senyum kat org y on da way nak g keje ke..kelas ke.... kadang2 aku senyum kt org tu..dia pandang tempat lain..malu aku.. :-P ada tuh uncle chinese y cumel tuh..siap "Hye baby" kat aku..haha..mcm2..

Apa pun, kalo senyum kat org pagi2, aku akan rasa mcm hari tu akan berjalan dengan 'smooth'nya..

Yela, aku ni cepat marah orgnya...nama jer anak sulung..tapi cepat marah..(org tua2 kata anak sulung ni tanah..sejuk)..tapi seminit lepas aku marah..mesti aku menyesal..teruk betul aku ni...buruk perangai..
Soory la kepada sesiapa y aku pernah marah tu..Aku x berniat..yela..perempuan ni kan ada 1 logik 9 emosi...tu y cepat emosi tu..





Banyak agi rahsia senyuman..nak tahu?? ni dia...(adapted from macam-2.com)


1. Dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

2. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

3. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

4. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

5. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

6. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

7. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


8. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".


Senyumlah..senyumlah..ahai...Cek Mek Molek.~~

1 comment:

cik misi said...

Senyum dan jadilah manusia yang paling gembira =D
aku suka tengok anak landak tu... sungguh comel.. nak jadi mak angkat dia =P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...