Wednesday, December 23, 2009

Kejutan di Akhir Tahun..

Assalamualaikum w.b.t.

Tahun 2009 hampir berakhir..tinggal beberapa hari jer lagi..
Syukur aku panjatkan kepada Ilahi diatas rezeki yang dikurniakan kepada ku..
Keputusan peperiksaan dah pun kuar..dan ia merupakan satu kejutan untuk aku.. boleh dikatakan inilah pencapaian yang paling tinggi pernah aku capai sepanjang belajar di sini..Terima kasih Ya Allah..

Sem 6 hari tuh aku target 4.00 dan impian itu sebenarnya hampir menjadi kenyataan..cuma aku redha dan pasti setiap yang berlaku tu pasti ada sebabnya..Aku sakit plak masa paper terakhir..tetibe lak tuh..

Aku bukanlah yang terbaik..dan aku tahu ada yang mengatakan keputusan peperiksaan tak mampu mengukur kepandaian seseorang..aku tahu."dapat result best pun tak semestinya dia pandai..pandai exam je kot.nampak camtu jer.."..

IQ sememangnya boleh diukur..namun ia xkan sama bagi setiap orang..kerana setiap orang adalah istimewa..aku tahu aku ada kelebihan dan juga kekurangan yang membuatkan diri aku seorang yang istimewa.... Ya..aku sebenarnya sedih...sepatutnya aku happy dapat result yang makin bagus kan?.. namun tak kali ni..

Aku sememangnya budak biasa yang tak pandai mana pun..selalu dapat nombor tengah2 je dalam kelas kat sekolah dulu..aku selalu jadi orang yang sederhana..Cikgu pun jarang yang kenal aku..aku jarang dapat perhatian daripada cikgu..mungkin kerana aku senyap..Cakap melayu tergagap2..cakap english pun terkial2..Aku tak dilahirkan sebagai naturally born genius or belajar sikit pun cepat faham..aku tak camtu..Aku terpaksa berusaha lebih daripada orang lain kalo aku nak jadi lebih bagus..

Aku percaya..kalo kita bantu orang lain dalam pelajaran or dalam apa2 jer..Allah akan bantu kita berganda2..jadi jgnlah loket dalam berkongsi ilmu..dan jgn iri hati terhadap orang lain kerana setiap orang istimewa dan rezekinya berbeza2..kalo tak sekarang mungkin akan datang rezeki kita datang..jadi kita xley putus asa..

Aku belajar pada hari ini adalah untuk membantu keluarga aku..menjadi contoh kepada yang lebih muda..dan juga membantu anak bangsa dan negara aku dengan ilmu yang aku ada..aku tahu aku ada banyak tanggungjawab..Ya Allah bantulah aku..

Aku taip entri kali ni dengan perasaan yang 'DOWN' teramat sangat..Sumpah aku sangat sedih sekarang..terasa diri ini sangat kecil...sekecil2 kuman..aku tak minta dipanggil 'best student' pun..aku tak kisah langsung..aku bersyukur je dengan apa yang aku dapat kerana itulah usaha aku..

Aku akan cuma memperbaiki diri aku..I'm not exam oriented person..i'm not..Aku tak mahu dicop sebagai pandai exam jerrr!!!!!!!!!!!!! i hate tat....

Everyone is special..and i have my own talent..My weakness and my strength.. even xde manusia yang sempurana..tapi kita boleh berusaha untuk menuju kesempurnaan..betul tak??

Halangan sekecil ini xkan meruntuhkan semangat aku..
Kerana kata abah..orang yang berjaya dugaan dan cabarannya memang banyakk..
Dan tuhan memberikan dugaan tu kerana Dia tahu orang tu boleh hadapinya..
Susahkan manusia ni..
dapat yang tak bagus..orang kata Lembap..
dapat yang bagus..orang kata Nasib jer..
Inilah manusia..setiasa membolak-balik kan keadaan..

Ni dah last sem..tahun yang terakhir..aku harap semuanya berjalan lancar dan baik..

Aku tak mahu menjadi Hamba yang tak tahu bersyukur apatah lagi riak dengan apa yang aku ada..jauhkanlah aku daripada sifat2 itu Ya Allah..Setiap yang baik datangnya daripada-MU dn yang buruk itu adalah kerana kelalaian aku sendiri...Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ini..semuanya adalah kasih sayangMU pada aku yang lemah ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...