Wednesday, February 3, 2010

Bila hari "TUA" sudah tiba...

Assalamualaikum w.b.t..

Meniti hari2 senjaku..
semuanya sudah tidak seperti dulu..
namun inilah aku..
memandang waktu yang lepas ku tinggalkan..pasti xmampu ku putar kembali..
semakin lama semakin dekat menghampiriku...
Hari yang pasti tiba..
Matiku...

Ilmu kejururawatan sentiasa x pernah lekang mengajar aku sesuatu yang baru..bukan sahaja dari segi teori..tetapi dari segi ilmu kehidupan duniawi ini..
sekarang ni aku ngah posting gerontology..senang cite belajar sal orang2 tua.. n kami diposting di sebuah hospital swasta di shah alam.. it is for extended care n continuity of care.. mostly yang ada kat c2 adalah orang2 tua. ada yang masih mampu berjalan walaupun dengan bantuan.. ada yang hanya terlantar dan memerlukan bantuan sepenuhnya untuk menjalani aktiviti harian..

Bukan nya aku x pernah jupe pesakit warga emas sebelum ni.. tapi feeling kat cni berbeza cket.. feeling gerontology la katakan.. sayu aku melihat mereka..kebanyakan mereka dihantar oleh keluarga yang rata2 berkemampuan dengan harapan orang2 tua ini mendapat jagaan yang lebih baik di akhir usia mereka..

Menjaga org tua adalah satu daripada tanggungjawab seorang anak..dulu waktu arwah atuk masih ada.. waktu tu aku 3rd year belajar kat cni..atuk dah sakit.. bila aku balik.. kaki atuk edema n contracture sebab x bergerak.. aku sedih sangat.. even aku belajar perubatan. tapi aku x mampu nk tolong jaga atuk sebab aku balik kadang2 jer..

Mampukah aku menjaga keluarga aku sendiri nanti seperti aku menjaga pesakit2 aku di wad tu..?? Aku harap aku di beri kesempatan masa dan waktu..
Aku asyik terbayang jer kalo mak n abah dah tua.. kami dah la 3 beradik jer.. dan aku kakak yang sulung..aku harap aku dapat jaga mak n abah sebaik mereka jaga aku..berikan lah aku kesempatan itu ya Allah..

Mak pernah kata... masa tu kitaorg 3 beradik mkn bersuap ngan mak..hihi.. dah besar2 pun mkn bersuap ag.. saja2 jer sebenarnya..nak manja2.. then mak kata.. nanti bila mak dah tua, agak2 ada x yang nak suap mak mkn mcm ni.takut suma dah lupa mak nnti..adik aku aqil yang darjah 4 tu sensitif cket..(badan je besar..hihi)..dia terus bergenang air mata... dia kata.."aqil la suap mak. aqil xnak kawin..nak duduk ngan mak sampai bila2"... tu ayat budak darjah 4 yang x pernah berpisah ngan maknya walaupun sehari. Aku cuma diam jer..sedey..

Abah lak kata, menjaga org tua adalah satu dugaan untuk menguji sejauh mana kuatnya kesabaran kita.. aku x nafikan, abah dah buat satu pengorbanan..bnyak masalah yang menimpa dan akhirnya abah beralah.. sekarang ni abah yang jaga tok wan..even abah pun x sihat sebenarnya..tok wan lak berkeras xnak tinggal ngan kami..nak juga tinggal di kg. abah la yang asyik berulang alik dari umah kami ke kg. jauh gak..1 jam setengah dari umah kami..macam tu la setiap minggu..dah mcm ada 2 umah.. kesian abah.. tapi abah kata tu tanggungjawab seorang anak.. selagi org tua masih ada.. berbaktilah..




Moga aku menjadi anak yang solehah..yang x lupa pada org tuanya.. yang punya kesempatan untuk berbakti dan menjaga mereka...kerana aku pun akan tua nnti.. n aku harap aku dikurniakan anak2 yang sebegitu juga..amin..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...