Friday, July 30, 2010

Rezeki Dari TuhanKU

Assalamulaikum w.b.t..

Hmmmm..... mengapa tajuk kali nih "REZEKI" yek...

Bagaimana pula dengan quote ni... "Rezeki yang CUKUP Vs Rezeki yang TIDAK CUKUP2"

Bercakap mengenai perkara nih... terasa kecil pulak.. yela.. saya nih bukan uztazah mahupun seorang yang pandai dalam bab nih.. namun keinginan ni memberontak untuk berkongsi apa yang saya rasa...

semuanya bermula apabila abah bertanya kepada saya.. jika saya ditakdirkan dilamar seorang pemuda yang tidak kaya.. bekerja biasa sahaja... tidak berpangkat tinggi.. namun dia baik dan beragama...adakah saya menerimanya???

saya terdiam tanpa jawapan...

Yer...jika soalan ini diajukan kepada anda.. mungkin ramai yang akan menjawab "YA" dan mungkin ramai juga menjawab "TIDAK"

Realiti kehidupan sekarang sememangnya menuntut kita memandang wang sebagai satu keperluan hidup.. tak dinafikan bukan...kita pun kene berusaha untuk mencari wang demi meneruskan kelangsungan hidup seharian...

Ada yang berkata " susah2 saya sekolahkan anak saya tinggi2... menjaganya bagai menatang minyak yang penuh...xkan la saya sanggup biarkan dia hidup susah bila berkahwin nanti"
Ya...keluarga mana yang sanggup melihat anak kesayangannya hidup susah... xdela sampai xley makan kan... cuma mungkin x mewah mana la...

Tapi saya tertarik bila abah kata "Banyak wang tak semestinya kaya...ada banyak wang tak semestinya bahagia..belum tentu lagi kebahagiaan tu kan dikecapi..kalau sekarang dia tak kaya.. x semestinya hidupnya tak berubah..macam tu saja bila hidup bersama nanti...dan yang kaya itu, tak semestinya senang sentiasa.kerana hidup senang ini terlalu subjektif maksudnya..hidup sederhana juga boleh dikatakan hidup senang..janji hatinya tenang dan lapang.."

Dalam..dalam...menusuk..masuk ke dalam hati... setiap kata2 bermain2 di pikiran...
sesungguhnya kita manusia biasa yang tidak tahu rahsia masa depan..kita cuma dikurniakan akal untuk membandingkan baik dan buruknya keputusan kita itu...

sepotong artikel dari majalah solusi saya selitkan disini..

katanya... dalam soal rezeki bukan soal banyak atau sedikit sahaja yang harus dipertimbangkan.. tetapi sama ada berkat atau tidak... kalu rezeki sudah berkat.. sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. berbanding dengan rezeki yang hilang berkatnya, sedikit tidak mencukupi, banyaknya tidak puas.

Ada orang berpendapatannya kecil sahaja, tetapi oleh kerana berkatnya, hidupnya terarah, anak-anaknya baik, isterinya solehah dan kehidupannya tenang walaupun tidak kaya..

Ada pula si kaya yang wangnya melimpah ruah namun "kaya" juga dengan masalah. Isteri melawan cakap, anak-anak liar, para pekerjanya menipu, orang gajinya sering lari dan seribu satu lagi masalah hidup. Dan anehnya kekadang duitnya dirasakan tidak pernah cukup-cukup..

........................................................................................................................................................................

Apa jua pilihan adalah terpulang pada diri sendiri... untuk membandingkan yanga mana yang baik dan yang mana pula yang tidak baik...

sesungguhnya setiap yang ditakdirkan itu, sama ada baik atau tidak pasti menyimpan hikmahnya yang tersendiri.. terpulang pada kita bagaimana untuk menghadapinya...

Mahani Mahadi

Pesanan TOK KADI kepada....:

ceriAssalamulaikum w.b.t...

Entry kali nih mengenai Pesanan TOK KADI kepada:
siapa???dah tentu la bukan saya....hahaha...
tapi saya tumpang dengar jer....so untuk saya sekali la tuh kan....
ihihih :-)

Alkisahnya... semalam saya ada pegi majlis akad nikah sepupu kepada mak saya... so dengan saya kiranya pakcik sepupu la kan.. tapi jauh2 gitu..coz saya x kenal dia sangat....

ini lah kali pertama saya dengar betul2 pesanan tok kadi and tengok orang akad nikah dari awal sampai akhir...
biasanya saya tengok sekerat-kerat jer... x pun.. saya x pernah pay attention langsung waktu tok kadi tuh bagi nasihat..
huhuhu..
maybe masa tu pintu hati belum terbuka kot...
tapi why not saya kongsikan apa yang TK cakap... nama glamour untuk TOK KADI.. bley la ek..hihi...

SATU
Tanggungjawab nafkah adalah tanggungjawab lelaki.. walau sebagaimana kaya sekali pun isteri mu.. tanggungjawab itu masih terletak ke atas mu wahai si suami.. namun bertolak ansur lah kamu berdua dalam menjaga keharmonian rumah tangga

DUA
Bagi mereka yang mencari pasangan.. sudah tentulah kamu telah menetapkan ciri2 yang kamu inginkan dari pasangan kamu itu.. katakan lah kamu telah meletakkan 10 ciri2 yang kamu mahukan.. dan kamu merasakan pasangan yang kamu kahwini ini mempunyai ciri2 tersebut...
namun apabila telah hidup bersama.. hanya 2 sahaja ciri2 yang sebenar2nya ada padanya..
maka cintai dan hargai 2 ciri tersebut.. dan jangan lah kamu mencari 8 lagi ciri2 yang tidak ada itu...dan dari situ lah kamu akan menemui keistimewaan pasangan kamu..

TIGA
Apabila telah berumahtangga..janganlah kamu memaksa pasangan kamu untuk berubah mengikut kehendak dan keinginan kamu.. sebaliknya..berubah lah untuk membiasakan diri hidup bersamanya..jika kedua-duanya mengambil jalan sebegini, maka lambat laun kamu akan menemui titik persamaan yang akan membawa kepada kebahagiaan rumah tangga yang x dapat digambarkan mahupun dilafazkan dengan kata2...

...........................................................................................................................................................

lebey kurang la ayat TK tu... agak berbunga2 la cket.. tapi suka mendengarnya...ihihi...
ini just untuk berkongsi dengan anda semua.. banyak lagi yang TK cakap.. tapi x bawah pen n kertas kan.. so ni la yang betul2 masuk ke dalam hati.. tu yang ingat tuh... huhu...

ok~~

i have one more entry untuk di taip...

check it out...

[mahani mahadi]

Sunday, July 25, 2010

I'm Moving ON...

Assalamulaikum w.b.t

........................................................................................................................................

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

..........................................................................................................................................

Sedey mendayu2 lagu ni..memang menggamit perasaan la wa cakap lu..

memang melayang2 la pikiran bila dengar lagu nih...nak dikatakan memang dah pecah rekod lagu ni dimainkan berulang2 lebey 30 kali kot dalam sehari... huhuhu..

orang kata...kalau sedey baik ekspresskan kan jer.. so that ia boleh relieve...kalau x.. terpendam..terbeku...lama2 jadi kerak..bertimbun2..then... KEBABOOo...meletup..hihi..

Special thanks to MAK...Hari2 pun anak mak ni mengadu kan.. tapi mak pandai hiburkan hati nih..sentiasa support dan beri nasihat..terasa sungguh bertuah menjadi anakmu mak..

Sampai bila aku nak mcm ni kan...even mulut ni asyik tersasul nama 'orang' yang sememangnya dulu selalu meniti kat bibir ni.. tapi everything was over..memang la aku x biasa.. but things will be ok..i know..

.......................................................................................................................................................

Takkan ku menyerah kalah

Walau mimpiku musnah

Harapanku hancur

Sayapku Patah

Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita

Ke seluruh dunia yang gelap gelita

..........................................................................................................................................................

And this will be my SONG from now on..

I'm move on..yes...

Seriously... setiap airmata yang mengalir itu akan digantikan dengan senyuman..

Setiap kesusahan itu akan digantikan dengan kelapangan hati..

Sorry to U, if u still bersedih... coz saya juga sedih.. tapi ini yang awak pilih.. dan ini yang saya terima..when i move on.. hope u choose ur own way too.. i want u to be happy...seperti saya yang CUBA untuk gembira disini...

CuBA

CUBA

cuba

cUbA

Dengan rasminya.. saya menutup kisah ini dengan entry ini...mungkin saya akan bercakap lagi pasal ni..nanti... tapi bukan sekarang.. bukan masa yang terdekat... i need tyme to heal...

HE takes my love

but

HE give me another love

[Mahani Mahadi]






~~~PELITA~~~

Lirik Lagu Pelita - A.P.I

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini,
Tak pernah sesaat aku menyesali
apa yang telah daku nikmati
apa ku alami,
Selagi hayat di kandung badan

KORUS
Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur sayap ku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat daku mencurigai
apa yang telah aku kecapi
setakat ini,
Tiba saatnya aku tangisi pada yang pergi takkan kembali
kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

ULANG KORUS
Takkan ku menyerah kalah walau mimpi ku musnah
Harapan ku hancur sayap ku patah
Kan ku pancarkan cahaya
Seperti pelita ke serata dunia yang gelap gelita

Monday, July 19, 2010

Defying Gravity

Assalamulaikum w.b.t


Terciptanya kita..Terciptanya rasa..Tercipta cinta..Tercipta rindu

Terasa semuanya sementara…

Sedih x dapat ku gambarkan

Gembira x dapat ku nyatakan

Alhamdulillah..atas kesabaran yang dianugerahkan

Alhamdulillah..atas nikmat yang dikurniakan

Hi semua

Susah betul bila xde internet kat rumah kan?

Lebey2 lagi kalau waktu cuti mcm ni..hati terasa nak update blog..nak buka facebook tapi apakan daya..:-(.. masih x mampu nak pkai broadband..bukan apa.. xnak nyusahkan parents..nanti dah ada duit sendiri..hamba akan beli..confirm..

Alhamdulillah aku panjatkan kerana aku dah lulus exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)..semua kawan2 pun lulus..nampaknya kami dah bergelar jururawat terlatih..ihihi..mcm x percaya jer yang kami akan menceburi alam pekerjaan pulak sekarang..ini lah kehidupan.. 4 tahun macam lama..tapi tup tup.. dah habis dah.. I’m old now…huhu… hati masih terasa muda..hakikatnya I’m 23 now..

Kepada yang tahu kisah aku..aku dilanda ujian yang hebat akhir2 nih…yang menuntut satu kekuatan hati yang luar biasa.. sungguh..tapi hatiku yakin akan kebahagiaan yang tersembunyi di sebalik kesedihan ini..

Dalam mengharungi kehidupan ni, macam2 yang kita lalui.. dan setiap satunya mengajar kita perkara yang berbeza-beza..hingga aku x sedar yang semua ni memgajar aku memandang sesuatu perkara dari perspektif yang berlainan..satu pengajaran hidup yang sungguh bermakna.. antara sedey dan bersyukur..

sedih kerana kecewa atas segala yang berlaku..mengenangkan perasaan dan ketulusan hati yang dicurahkan..begitu lama..berakhir tidak seperti yang di harapkan..satu kepastian yang diperolokkan..terkilan rasanya..

namun aku bersyukur kerana ianya berlaku sekarang..masih belum terlambat untuk aku.. masih ada masa untuk menangis dan berfikir..membuka mata dan perasaan yang selama ini terlalu lurus mengikut kata hati..sungguh, aku x menyalahkan kamu yang membuatkan aku sedih..aku tahu kamu juga sedih.. kerana aku yakin akan setiap takdir dari DIA, aku redhakan keputusan mu..

[bestnya kalo sekarang ni ada kat laman midah.. boleh la aku citer kat ex-housemate..ley nangis2 kat diorang..:-(..diorang pun tahu aku kuat nangis..huhu]

disebalik awan hujan yang x henti2 mencurah tu..pasti akan ada matahari yang bersinar..yang membiaskan cahaya.. menghadiahkan pelangi yang indah.. begitula aturan hidup ni…x dapat diduga..kan?

x mengapa..

kini, masih banyak yang menanti aku.. insyaAllah akan bekerja x lama lagi..cepat2 la SPA panggil sebelum otak ni jadi beku.. atoiii… ni pun dah macam apa dah.. buku2 semuanya bersusun kat rak tuh..nampaknya kene cari masa untuk mengulangkaji nih.. wah…rajin la plak.. tapi betul ni.. bimbang la nanti masuk keje x tau pape..habis la..

konvo pun lagi 2 minggu..erm… insyaAllah aku akan pakai baju kurung batik warna kuning nanti..hopefully matching ngan jubah warna maroon tuh..erm…. matching2..suka..~~J semangat tul hari tuh aku and mak cari baju..hihi.. thanks untuk mak coz sponsor baju tu..faham2 jer yang anaknya ni masih menganggur.. hahaha J

……………………………………………………………………………………………

Something has changed within me

Something is not the same

I’m through with playing by the rules of someone else’s game

Too late for second guessing..Too late to go back to sleep

It’s time to trust my instincts..close my eyes and leap

It’s time to try defying gravity

I think I’ll try defying gravity

Kiss me goodbye.. I’m defying gravity

And you won’t bring me down

……………………………………………………………………………………………………

Mahani Mahadi

Wednesday, July 14, 2010

KetiDakPastiAn Berlaku..

Life is full of uncertainty..
why?? because inilah kehidupan..

it almost 5 years... along time rite..??
perit..kecewa...sakit... memang x dapat di ungkapkan dengan kata2.. aku mampu mengukir senyuman yang PALSU nih sambil melalui hari2 yang menguji kesabaran dan ketabahan hati aku...sungguh... aku x berdaya sebenarnya...


Disini la ia mencabar sejauh mana kita mempercayai Qada’ dan Qadar yang Allah tentukan kepada kita.. walaupun sakit untuk diterima namun sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. adakah bunyinya seperti seorang yang putus asa?? Tidak.. kerana aku dah cuba yang terbaik…

Sakitnya hanya tuhan yang tahu.. mungkinkah ini terjadi kerana Allah makbulkan doaku…dekatkan lah yang pasti dan jauhkan lah yang bukan untukku… dan aku sebagai hambaNya kena redha dengan ketentuan ini…

Justeru jalan ini yang perlu aku tempuhi untuk menemui kebahagiaan aku…. Walaupun terpaksa menangis dahulu…apa yang ada hanyalah satu keyakinan yang tak berbelah bahagi… hanya pada MU ya Allah..

kadang2 aku rasa cerita aku nih dah mcm cerita dalam novel.. CINTA ini sepatutnya mudah.. seharusnya MUDAH... namun apa yang terjadi tak seindah yang dirancang..
sungguh... tiada siapa yang harus dipersalahkan..sesekali tidak...

ini cuma antara kepastian, keberanian dan kesungguhan...

"tidakkah dikau terfikir segala kata-kata yang dilontarkan itu menjadi duri...menusuk hati ku.. sakitnya.."

"hati ku puas andai kita tidak bersama kerana kita gagal setelah mencuba pelbagai cara. namun hati ku kecewa kerana kau berundur sebelum berusaha mendapatkannya"

"sungguh.. tawar sudah hatiku....."


Saturday, July 3, 2010

Bijik Nangka punya Bubur....

Assalamulaikum w.b.t..

Apa khabar hadek-hadek, hakak-hakak, acik-acik..
Atoii...sengau sangat tuh...


Apa khabar suma??hahaha... gaya macam ramai je yang baca blog nih.. pape pun terima kasih la kepada semua yang sudi meluangkan masa click pada link blog nih.. even blog nih x berinformative pun..korang stil ada gak mas nak jengok2 kat cni.. terima kasih aku ucapan kan..
blog ni aku jadikan medan untuk berkongsi cerita dan meluahkan idea serta perasaan yang terbuku...cewahhh...so, aku harap aku tetap dan akan tetap menulis...hihi...

apa kata kita buka story hari nih dengan satu resepi..namanya "bubur bijik nangka"
hah???bijik nangka boleh makan??mesti korang x pernah dengar kan? haaa..ni la nak kasi tahu...jeng..jeng...

asal turun temurun nama bubur ni adalah disebabkan ianya iras2 bijik nangka...bukannya bijik nangka tu aku buat bubur... atoii... boleh lekat kat tekak tuh..hahaha..


dulu masa kat laman midah (ni rumah aku masa study kat UKM), ada member aku nih suka gak wak bubur nih.. tapi dia panggil nama lain..apa ek..lupa r...


Bahan2nya:
  1. tepung beras pulut
  2. air kapur (perhatian, ni kapur untuk masak k..bukan kapur untuk tulis kat whiteboard)
  3. perwarna untuk buat kuih (bukan buncho ok..ikut korang la warna per..)
  4. santan
  5. daun pandan
  6. gula melaka
  7. gula pasir (gula putih tu la)
  8. air
  9. secubit garam...secubit jer..bukan segenggam..ingat tuh..
cara2 membuatnya:
  1. masukkan tepung pulut tu dalam besen.. campur ngat air kapur cket...jgn banyak sangat air kapur tuh.. dalam beberapa sudu jer.. then tambah air...
  2. uli hingga sebati.. jgn sampai ia melekat kat jari2.. kalo melekat.. tu maknanya lembik...
  3. kalo dah ok, bahagikan kepada 3 ke..ikut berapa warna korang nak wak...
  4. letak warna, the uli hingga warna sebati dengan tepung....haa...


  5. sementara uli tadi tuh... rebus air panas..skrg, bentukkan la tepung tadi tuh...bulat ke..lonjong ke.. sebabkan ni nama bubur biji nangka..so buat la ala2 biji nangka.. tapi jgn besar sgt k...



  6. then rebus dalam air panas...
  7. tunggu... bila dia terapung tu.. jgn angkat lagi...biarkan lama cket... then angkat...


  8. yang ni untuk kuahnya plak....masukkan santan dalam periuk...
  9. then masukkan gula melaka dan sedikit gula pasir...
  10. tahap kemanisan ni bergantung la kepada citarasa masing2...
  11. then letak daun pandan kasi wangi gitu dan secubit garam...


  12. bila tepung tadi dah masak.. masukkan je dalam kuah ni...actually buat kuah n masak tepung tu berjalan serentak...huhu..


  13. haa..tunggu la kuahnya tuh mendidih..then...dah siap..boleh dah mkn...nyum--nyum...sesuai untuk pencuci mulut dah sajian di waktu petang...



senang kan...erm...aku suka bangat mkn nih...hihi...
owh ya..kalo ada tersalah bahasa tu..maaf la yer.. aku ni buka reti benor nak cerita bab resepi nih..hahaha...

mahani mahadi :-p

Catch Me.. I'm Falling

Catch Me I'm Falling

by: Toni Gonzaga

I don’t know why
But when I look in your eyes
I felt something that seems so right
You’ve got yours I’ve got mine
I think I’m losing my mind
'Cause I shouldn’t feel this way

Catch me, I’m falling for you
And I don’t know what to do

How can something so wrong
Feel so right all along
Catch me, I’m falling for you
How can time be so wrong?
For love to come along
Catch me, I’m falling for you

How can love let it go
When it has no place to go
And I can't go along pretending
that love is in here to stay
catch me im falling for you

If I could just walk away
Without you from day to day
I would die just thinking of you
I think that we’ll never be
More than friends, you and me
But why do I feel this way

Catch me, I’m falling for you
And I don’t know what to do

How can something so wrong
Feel so right all along
Catch me, I’m falling for you
How can time be so wrong?
For love to come along
Catch me, I’m falling for you

Maybe someday I’ll see
Why love did this to me
'Cause I can’t go along,pretending
That love is in here to stay
Catch me, I’m falling for you
Catch me, I’m falling for you

And is it wrong for me to feel this way
'Cause I don’t know what to do without you
I’M FALLING FOR YOU
Catch me, I’m falling for you

How can something so wrong
Feel so right all along
Catch me, I'm falling for you


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...