Meraut lidi si pohon kelapa
Sambil menunggu hujan nak turun
Hidangan tradisi jangan dilupa
Santapan berzaman turun temurun
Chewahh.... berpantun pulak...
Haa.. jawab2....nak beli tak?
Ok la.. sesuai dengan pantun tadi, entry kali ni hani nak berkongsi tentang satu kuih tradisional.
Namanya Kuih Qasidah.. bukan hamidah ke.. Rafidah ke ok... QASIDAH.. sedapkan nama kuih ni..
Nak dijadikan cerita.. abah mengidam nak makan kuih qasidah ni.. nak cari kat kedai sekarang ni memang susah sebab dah jarang2 orang buat kuih ni..kuih orang lama2 kan.. tapi abah memang suka.. abah kata, dulu tok wan pandai buat kuih ni.. Tapi sekarang ni tokwan dah tua.. x larat nak buat lagi..
Bila sang isteri mendengar luahan hati si suami.. lantas dia terus menelefon kawannya untuk mintak resepi.. hihi.. mak hani la ni..Kemudian, bermula la langkah pertama untuk membuat kuih qasidah ni.. 1st time nih..
Ok.. ni bahan2nya.
- 1 kilo tepung gandum
- 500 gram gula (kurangkan lagi bagus.. gula mahal..)
- 2 cawan santan pekat
- 6-8 biji telur
- 2 sudu minyak sapi
- 2 sudu marjerin
- Minyak bawang
Hiris bawang macam ni.. ni untuk buat minyak bawang ok..
Sila jangan menangis semasa menghiris bawang ni yek..~~ =)
Sila jangan menangis semasa menghiris bawang ni yek..~~ =)
Kemudian bawang tu di goreng. Minyak gorengan ni akan ada rasa bawang.. minyak ni kita akan campur kat dalam adunan nanti dan bawang goreng tu akan jadi hiasan kuih ni.
Tepung di goreng hingga ringan dan sampai kekuningan..
jangan sampai hangus tau..
Bila tepung dah kekuningan, masukkan gula, santan dan telur.
Then, kacau dan kacau sampai sebati...
Bila dah hampir likat@ pekat, masukkan minyak sapi, marjerin dan minyak bawang.
Masa ni kekekuatan untuk mengacau di uji... lenguh tangan ni.. wawawa.. boleh jadi exercise memejalkan otot.. hihi..
Cuba bayangkan orang zaman dulu2 masak kuih ni.. siap dengan dapur kayu lagi..
mesti susah kan..
Bila dah lama-lama, adunan tadi akan berubah seperti ini...Huhu..
Actually kena letak pewarna kuning... tapi kitaorang tak letak..
so nampak pucat sikit la..
Kemudian adunan tadi dibentuk menggunakan acuaan..
Bawang goreng tadi ditaburkan di atas kuih ni sebagai hiasan dan penambah perasa.
Untuk pengetahuan semua, Kuih Qasidah ni ada acuan khas tau.. tapi memandangkan ami xde acuan tu.. jadi rembat jela acuan biskut bunga cina@ dahlia ni.. hihi.. so jangan pelik pulak tgk qasidah kami ni yer..
Tadaaa.... dah siap...
Ni dia gambar kuih qasidah yang hani google..
Ni yang sepatut jadi la.. hahaha..
Bentuk hampir2 dah tu... huhu.. boleh la kan...
Ok.. sampai di sini sahaja entry kali ni.. nnti kalau hani cuba resepi baru.. hani update lagi ok..(Sebenarnya masih dalam proses memahirkan diri untuk memasak..hihi.. )
Apa kuih tradisional yang korang suka makan ek?
Meh la kongsi dengan hani...
Till here~~~
Thanks for reading.
Apa kuih tradisional yang korang suka makan ek?
Meh la kongsi dengan hani...
Till here~~~
Thanks for reading.
3 comments:
su suke kuih talam keladi.. tak tau la tradisional ke tak.. tp lom pnah try buat lagi.. tempah kt org je.. hehe :)
owh...yeke..sama macam mak hani.. mak hani suka talam keladi... nnti hani belajar buat kuih tu hani update... hihi..
akak sker mkn kuih nie...
kalu member mak trun dr t'gganu, mesti kitorg order kt die =p...
nway, mohon share gambar kuih nie ekk...
Post a Comment