Monday, December 6, 2010

Pixy + White Eyeliner (Review)

Assalamualaikum w.b.t

Hi semua adikk2 n kakak manis di luar sana..
Kali ni hani nak kongsi review mengenai 2 produk.

Actually, sebelum ni hani xpernah dengar pun nama PIXY ni... Compact powder yang hani guna sebelum ni memang kurang memuaskan and x tahan lama... lebih2 lagi kalau cuaca panas ckit.. mesti berminyak ..

so 1st sekali jumpa produk ni bila hani baca review kat blog kawan hani... Msa tu xde niat ag untuk beli or cuba.. then..bila blogwalking lagi... Hani jumpa banyak pengguna yang dah try produk ni and diorang suma berpuas hati dengan hasilnya..

Akibat daripada terpengaruh...Hani pun beli la compact powder ni dekat guardian.. Biasala remaja kan mudah terpengaruh..(ops..remaja ke?)

So sekarang ni hani masih dalam tempoh percubaan lagi untuk try produk ni.. but 1st time pakai pun dah rasa perbezaannya.. (hahaha.. ayat mcm dalam iklan)..

Ini sedikit description mengenai produk PIXY ni:

Produk PIXY UV Whitening two way cake ini mengandungi:
  1. Active whitening yang membuat kulit tampaklebih putih dan cerah.
  2. Vitamin C
  3. Jojoba Oil untuk mengekalkan kelembapan kulit
Produk ini sangat disyorkan untuk menutupi pori2 yang besar dan bekas2 parut jerawat atau cela yang tidak sekata.

Yang menariknya, produk ini boleh digunakan dengan 2 cara.
  1. Kalo pakai span kering boleh jadi compact powder macam biasa.
  2. Kalo pakai span basah.. boleh bagi effect seperti foundation.... (saya suka yang ni..)
Ok..kita tinggalkan dulu cerita mengenai PIXY.. hahaha.. dah macam jurujual produk plak.. Untuk pengetahuan semua, hani bukan nak jual produk ni k.. tapi hani ada jumpa beberapa link yang jual produk ni di internet dengan harga yang lebih murah daripada di kedai... ini dia link blog tersebut. Ataupun anda boleh beli kat Watson or Guardian..Jimat wang pos.. =)))

Psttt....
Compact powder ni ada isian semula.. kan jimat tu.. kalau dah habis beli je isian semula.. harga pun murah..save budjet.



WHITE EYELINER....

Korang pernah cuba tak?

Kalau tak pernah apa kata korang baca review ni and mana tahu selepas ni korang boleh cuba apply white eyeliner plak...kan3...

Selalunya kita nampak orang mesti pakai black or dark brown eyeliner.. betul tak?
Tak ramai yang menggunakan white eyeliner... sebenarnya penggunaan white eyeliner ada beberapa kelebihan iaitu:

  1. Kepada yang inginkan effect mata yang lebih besar.. inilah rahsianya..just line white eyeliner at the bottom lid..
  2. Mata akan nampak lebih segar dan bermaya dengan memberi sentuhan white eyeliner pada mata anda.. xdela nmpak gelap jer.. kalau tersalah pkai black eyeliner boleh nmpak macam panda eyes plak kan..
  3. White eyeliner boleh digunakan untuk buat highlight pada mata. Juz apply white eyeliner to the inner corner of your eye and Lining the top and bottom lid from the inner corner of your eye out..
  4. Untuk kesan yang lebih dramatik, anda boleh gabungkan layer lining eyeliner anda dengan black and white eyeliner..
Untuk maklumat lanjut.. try la google and search ok..or try baca this link atau lihat tutorial oleh Michelle Phan disini.



Ini black and pearl colour eyeliner dari In2It..
The black one is so good... but the pearl is "ala-ala" jer..


Ni risalah yang hani ambil dekat guardian.. haha..
Boleh dijadikan rujukan.. =)

Psttt..hani pun masih belajar lagi mengenai white eyeliner ni.. try and error ok until we get the perfect and suitable style of make up.. =)

Owh.. rasa nak makan karipap la..karipap hari tu ada lagi hani buat frozen... hihi...

Ok.. Till here.. daaa...

1 comment:

VioletRose said...

cam nak try jugak la pixy ni... dah tengok banyak guna.. tapi takot tak sesuai dengan muka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...