Monday, November 1, 2010

About Beauty (Kecantikan)

5 W 1 H ~~ABOUT BEAUTY (KECANTIKAN)

Ok...this is my first entry about beauty.. huhu.. even orang yang menulis ni xdela beauty mana pun.. but i agree that beauty is very subjective.. Untuk entry ni what i'm gonna talk is all about external beauty.. bukan internal beauty tau...mungkin tajuk untuk tu boleh dimuatkan di ruangan 'santapan rohani' nanti.. insyaAllah.. =)

Perhatian: entry ini bukan untuk jual2 barangan kecantikan ok...

What, When, Why, Who, Which, How (ni la en. H yang ada 5 bini..)


What is beauty is all about? Cantik yang macam mana?

Perlu ke saya buka kamus untuk ini?saya rasa anda semua boleh google sendiri kot.. tapi apa yang saya nak katakan kat cni, cantik tu pada pandangan saya bukan nya cantik bila bersolek sahaja tapi cantik dengan memiliki kulit yang sihat, bersih even xde pakai secalit make up pun.. badan yang bersih tak berdaki, kuku yang pendek dan bersih (dulu kawan saya selalu tegur pasal ni), gigi yang bersih, rambut yang wangi dan tak bermasalah.. macam2 yang perlu kita concern bila nak cantik kan.. erm.. susah juga...~~~

When we have to concern about beauty? Bila nak ambil tahu?

Perasan tak bila kita bercakap pasal kecantikan ia sangat berkait rapat dengan kebersihan? setuju kan?... kadang2 bila kita terlalu sibuk kita kan mengabaikan perkara kecil dlm hidup kita. sebenarnya semuanya boleh dilakukan asalkan kita ada jadual dan komitmen pada diri sendiri. Bukan bila nak kawin jer baru perlu ke spa untuk buat lulur kan? or bila ada sumthing event jer baru nak ke dentist untuk cuci gigi sebab dah ada banyak plak... jadikan ia sebagai rutin harian dan mingguan dalam memastikan semuanya dilakukan secara teratur. contohnya:

  • Jangan lupa cuci muka sekurang2nya 2 kali sehari dengan pencuci.. sebagai orang islam kita sebenarnya dah ada advantage sebab kita solat 5 waktu sehari..
  • Scrub badan kamu seminggu sekali
  • Potong kuku setiap hari jumaat
  • Floss gigi sekurang2nya sebelum tidur walaupun dengan mata ngantuk...sebab sy pun malas...
  • Buat treatment muka dan rambut seminggu sekali..buat kat umah jer..

Why we need to concern about beauty? Kenapa perlu ambil tahu?

Apa yang ada di luaran adalah tabir pertama sebelum sesiapa menyelami hati kamu.. memang pepatah ada mengatakan 'don't judge book by it's cover'.. tapi walau bagaimana pun itu tak bermaksud kita perlu mengabaikan apa yang ada diluaran kita kan? semua ni akan bantu kita untuk lebih konfiden tampil ke depan mahupun melemparkan senyum..=)

Who should take care about beauty? Siapa yang kene buat suma ni?

Siapa lagi kalau bukan diri kita sendiri? lain la kalau kamu ni golongan berada yang ada duit untuk ke spa...yela rawatan di sana lebih specific dan professional. tapi jika tidak berkemampuan seperti saya ni la kan.. cukup la lakukan di rumah sahaja... ataupun sekali sekala jer pergi ke salun dan spa untuk membuat rawatan.. kalo pegi setiap minggu habis la gaji bulan2.. huhu...yang penting, rajin2 la membaca dan tambah pengetahuan tentang penjagaan diri..

Which things i should use? apa nak guna?

Bila nak jaga kacantikan kita memerlukan barangan yang sesuai dengan kulit dan badan kita dan yang penting kita tahu menggunakannya dan ianya tak menyusahkan kita.. jangan sesekali tertipu dengan iklan2 yang menjanjikan kesan dalam masa yang cepat.. owh.... apa yang diorang letak dlm produk tu sampai boleh cerah dlm masa beberapa hari?? tak takut ke.. apa yang berkesan pada muka orang lain tak semestinya berkesan pada muka anda juga.. jadi anda kene kenal kulit anda.. berminyak? sensitif? normal?...find it... di samping tu rajin2 la ke Watson or Guardian sambil membaca label2 pada barangan di sana... tambah ilmu.. hihi... {saya sangat suka gunakan sesuatu dari alam semulajadi, yang berasaskan buahan dan tumbuhan.. rasa lebih selamat digunakan..

How we gonna do it? macam mana nak buat ni?

Mula dari sekarang cuba periksa diri anda. apa yang anda nak perbaiki pada diri anda tuh.. dari aspect kecantikan kulit dan badan la yer... saya tak suruh kamu tak bersyukur dengan kurniaan Allah.. then nak g wak plastik surgery plak.. ish..ish...bukan mcm tuh..

Juz check diri secara keseluruhan.. contohnya anda ada tak masalah ni: kulit berjerawat, pori2 besar pada muka, warna kulit tak sekata, ada daki pada pelipat siku dan lutut, rambut berkelemumur atau berbuah.. ni contoh la kan..

Then, periksa barangan anda.. tarikh luput barang2 anda tu bila? ke dah luput dah? span muka korang letak atas meja gitu jer? ke yang dah setahun punye.. bekas krim korang tuh berdaki ke tak keliling tudung tuh? perkara2 simple tapi impact dia besar tau... fikir2 kan...

Sekarang ni tetapkan matlamat dan cara anda nak capai matlamat anda.. knowledge sangat penting untuk mulakan semua ni.. saya ckp ni untuk diri saya gak...ada bnyak ag matlamat yang belum di capai..hihi... tapi bab potong kuku tuh xde la kene pegi menuntut ilmu kan... cuma tahu mcm mana cara potongan untuk kuku jari n kuku kaki... berbeza tau.. =)

Ok.. banyak dah merapu.. hahaha... ni la kata2 dari orang yang non-expertise... hihi.. i juz wanna share my opinion on this topic jer... jangan la pikir nak jaga kecantikan tu susah... ia cuma sebahagian dari kehidupan seharian yang kita buat hari2...yang penting ISTIQAMAH.. insyaAllah... kita akan tampil lebih ceria dan berkeyakinan...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...