Anda pernah dengar perkataan "NGANGKUNG"? bukan mencangkung la.. kangkong pun bukan..
Kalau pernah dengar bagus la.. coz saya la antara orang yang pelik kot (campur korang sekali la yang tak pernah dengar gak) yang tak pernah dengar perkataan ni..kurang vocabulary sungguh.. adoii..patutla karangan masa sekolah dulu tak cemerlang..=)
Hari ni saya pi tengok citer ni bersama Mr.AD and Si Aqil... Beria2 si Aqil nak tengok citer ni.. Thanks to Mr.AD yang belanja tengok wayang hari ni.. terima kasih daun keladi.. lain kali belanja la lagi... hihi.. (^_~)
Mengikut kamus dewan bahasa ngangkung bermaksud duduk antara dua pelipat kaki sambil memuja. So basicly, citer ni sebenarnya berkisar tentang permujaan oleh 3 orang kaki nombor ekor.. Cerita ni padat dengan mesej dan memang kelakar sangat... satu panggung gelak sakan tadi wa cakap lu..
Apa kata pengarah filem ni?
"Budaya Ngangkung sebenarnya dah lama wujud dikalangan orang Melayu untuk mendapatkan ramalan nombor ekor yang tepat. Memandangkan perbuatan membeli nombor ekor itu haram dan memujanya juga dilarang dalam Islam, saya rasa realiti mengenainya memang patut dipaparkan. Cara terbaik adalah menerusi filem"-Ismail Bob Hashim, pengarah filem.Jom kita baca sikit sinopsis citer ni..
Ngangkung melatari kisah seorang pemandu lori, Azim yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri dan anak perempuannya. Dua sahabat baiknya ialah Tasnim dan Wan yang merupakan kaki ekor.
Tabiat serta aktiviti Tasnim dan Wan memang diketahui oleh isteri masing-masing. Azim pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti mereka tetapi akhirnya terpengaruh kerana desakan dan kesempitan hidup.
Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung.
Bermula dengan hanya melihat, semakin hari Azim semakin seronok menyertai aktiviti dua rakannya itu secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara serta bermacam jenis bomoh yang mereka temui semata-mata untuk mendapatkan nombor yang perlu dibeli dan dalam masa yang sama, pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.
Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor.
Begitu juga dengan kehidupan Tasnim dan Wan, sehinggakan suatu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka.-Utusan Malaysia.Amacam? ada rasa nak tengok ker? so boleh la ajak member2 and family tengok cite ni k. Yang penting dalam kita bergelak ketawa tu.. ambil la pengajaran dan teladan dari cerita ni.. Sesungguhnya rezeki Allah itu Maha luas. Maka usaha lah untuk mendapatkan rezeki Allah yang halal. Memang kadang2 kita rasa penat dan kadang2 rasa mahu lebih lagi daripada apa yang kita ada. Tak salah kalau kita bermimpi dan berangan2 tinggi, tapi pastikan ianya disusuli dengan usaha dan iltizam yang kuat...
Jangan ngangkung ok?
Daa....till here~~~
-Mahani Mahadi-
Daa....till here~~~
-Mahani Mahadi-
No comments:
Post a Comment